Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.pih] | سرڤيه

Definisi : 1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dll): tiang batu itu kelihatan ~ sedikit; 2. = serpihan; menyerpih 1. menyerupai serpih; 2. menjadi serpih, pecah-pecah; 3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil; serpihan kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.pih] | سرڤيه

Definisi : 1 pecah atau sumbing sedikit bahagian tepinya: Pinggannya ~ sedikit. 2 = serpihan bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. menyerpih menjadi serpih: Perubahan cuaca yg ketara menyebabkan batu-batan ~. menyerpihkan men­jadikan sesuatu dlm bentuk serpih; memecahkan sesuatu kecil-kecil atau sedikit-sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serpih (adjektif)
Bersinonim dengan sumbing, serpai, sompek, rompes, pecah sedikit, cempek, sobek, cebeh-cebeh, sontak;,
Kata Terbitan : menyerpih, serpihan,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Biar serpih tumbangnya jangan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Biar lebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Biar merangkak jangan menjalar.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chipsuban; serpih; racik; cip (elektronik)PerpustakaanTiadaUnit mikrofilem yang mengandungi imej mikro, atau imej-imej yang lain dan pengenalan berkod yang digunakan dalam sistem mendapat kembali maklumat secara automatik.
chipsuban; serpih; racik; cip (elektronik)KomputerTiadaTiada
chipsuban; serpih; racik; cip (elektronik)GeologiTiadaSuban: Serpihan kecil daripada hablur kayu,batu, logam dan sebagainya.
chipsuban; serpih; racik; cip (elektronik), tatalKesenianTiadaTiada
bamboo chipboardpapan serpih buluhBuluhTiadaLihat papan serpai buluh.
bamboo-based compositekomposit berasaskan buluhBuluhTiadaGabungan unsur buluh seperti gentian, serat, partikel, serpih dan venir yang dilekatkan dengan menggunakan perekat.

Kembali ke atas