Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.pi.han] | سرڤيهن

Definisi : kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.pi.han] | سرڤيهن

Definisi : bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serpih (adjektif)
Bersinonim dengan sumbing, serpai, sompek, rompes, pecah sedikit, cempek, sobek, cebeh-cebeh, sontak;,
Kata Terbitan : menyerpih, serpihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pusnanahKejururawatanTiadaCecair pekat kekuning-kuningan atau kehijau-hijauan terbentuk pada tapak jangkitan. Nanah terdiri daripada sel-sel darah putih yang sudah mati, bakteria hidup dan mati dan serpihan-serpihan tisu yang telah mati.
bamboo splinterserpihan buluhBuluhTiadaSerpihan kecil buluh yang terhasil daripada proses pemotongan buluh, yang boleh dikaitkan dengan kualiti produk.
accretionary ridgepermatang akretanSains MarinTiadaSedimen dan serpihan batu yang telah terkumpul apabila plat lautan turun memenuhi plat utama (lautan atau benua) di zon subduksi. Sedimen atau serpihan batu di permatang ini kebanyakannya sedimen marin dikikis dari plat lautan yang menurun.
detritusdetritusSains MarinTiadaBahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus.
splinter partyparti serpihanSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977.
phagocytosisfagositosisPerikananAkuakulturPengepungan dan penghadaman patogen serta serpihan sel, iaitu sel-sel badan atau sel patogen yang telah mati.
chipsuban; serpih; racik; cip (elektronik)GeologiTiadaSuban: Serpihan kecil daripada hablur kayu,batu, logam dan sebagainya.
particle boardpapan zarahKesenianHiasan DalamanBod panel yang dihasilkan daripada campuran serpihan kayu yan dimampatkan dan kemudian dilekatkan dengan bahan perekat sintetik. Papan zarah dikemaskan menggunakan venir kayu dan bahan laminat. Bod panel ini banyak digunakan untuk menghasilkan perabot atau dinding sesekat. Sinonim papan cip.
roll markcacat gulingKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKecacatan pada gelungan logam akibat serpihan logam yang terlekat pada pengguling.
Sanger sequencingpenjujukan SangerBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah menentukan jujukan DNA berdasarkan penyisipan selektif serpihan rantaian penamat deoksiribonukleotida oleh polimerase DNA semasa proses replikasi DNA secara in vitro.
12

Kembali ke atas