Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sesak (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak lapang: sendat, sempit,
Berantonim dengan lapang

2. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, merasak,
Berantonim dengan kosong

3. Dalam konteks nafas
bersinonim dengan tersumbat, tersekat, sendat, senak, sebak, sebu, senuh, segah, sangih, sekak,
Berantonim dengan lega

4. Bersinonim dengan susah: payah, sempit, serba kekurangan, miskin, papa, terhimpit, tersepit, terdesak, picik,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : bersesak-sesak, menyesakkan, tersesak, kesesakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air embolismembolisme udaraKimiaForensikKehadiran udara dalam darah yang menghalang aliran darah melalui salurannya. Kemasukan udara ke dalam saluran darah terjadi melalui jarum semasa suntikan, pembedahan atau melalui liang luka. Pesakit mengalami sesak nafas dan sesak dada dan seterusnya kegagalan jantung akut.
bromine poisoningkeracunan brominKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada bromin (formula kimia, Br2), iaitu cecair perang-merah. Had pendedahan ialah 0.1 ppm, dan anggaran dos parah ialah 1 cm3. Kesan korosif ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut terjadi akibat pengingesan, penyedutan, atau penyentuhan kulit. Jika terambil secara pengingesan, pedih yang teramat dalam mulut, farinks, dan abdomen diikuti dengan muntah dan cirit-birit yang memendakkan darah gelap, tekanan darah turun mendadak, dan warna perang atau kekuningan mungkin terdapat di sekeliling atau didalam mulut. Astiksia terjadi ekoran edema glotis. Jika tersedut, gejalanya ialah batuk, tercekik, dan sakit kepala, pening, dan keadaan lemah, selepas 6 hingga 8 jam tempoh terpendam, diikuti dengan edema pulmonari dengan sesak dada, pening, kahak berbuih dan sianosis. Hemoptisis dan kesingkatan pernafasan mungkin berlerusan untuk beberapa minggu selepas pendedahan awal. Jika terkena kulit, gejalanya termasuk sakit yang tera
pleura effusionefusi pleuraPerubatanTiadaKehadiran cecair yang berlebihan di dalam kaviti pleura. Ciri klinikalnya ialah sesak nafas, sakit dada dan sianosis. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyakit paru-paru.
cadmium poisoningkeracunan kadmiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kadmium atau makanan yang disimpan dalam bekas kadmium, atau penyedutan wasap kadmium daripada pengimpalan, peleburan atau proses industri lain. Had pendedahan terhadap debu kadmium atau wasap kadmium oksida ialah 0.05 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, sakit otot, peliuran, sakit abdomen, kejutan, kerosakan hati dan kegagalan ginjal. Penyedutan wasap kadmium pula mengakibatkan mulut terasa payau, sesak nafas, sakit dada, batuk berserta kahak berbuih atau berdarah, lemah dan sakit pada kaki. Keracunan kronik akibat penyedutan mengakibatkan hilang deria bau, batuk, dispnea, hilang berat badan, anemia, kerengsaan, dan gigi berkaral. Penemuan patologi dalam kes maut akibat pengingesan ialah inflamasi gastrousus yang teruk dan kerosakan hati serta buah pinggang. Penemuan patologi dalam kes keracunan akut akibat penyedutan pula ialah inflamasi epitelium pulmonari dan edema pulmonari.

Kembali ke atas