Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sét] | سيت

Definisi : (sét) 1. sekumpulan barang yg merupakan suatu kesatuan, beberapa benda yg digunakan bersama-sama sehingga yg satu merupakan pelengkap yg lainnya (spt pinggan mangkuk, kerusi meja, dll), peranggu: terdapat dua ~ kutipan yg terdiri drpd terjemahan tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan; 2. sesuatu pusingan dlm permainan (tenis, bola tangkis, dll): marilah kita bermain satu ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sét] | سيت

Definisi : (sét); mengeset menggubah, mem­bentuk (rambut), mengatur (huruf dlm mesin cetak, dll): setiap satunya merupakan can­tuman berlian-berlian bermutu yg diset dgn begitu kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sét] | سيت

Definisi : /sét/ 1 kumpulan barang (pinggan mangkuk dll) yg merupakan satu ke­satuan; peranggu. 2 pusingan dlm permainan tenis dll: Dlm ~ pertama, saya berjaya mengalahkannya. 3 sekumpulan nombor, kuantiti, nama benda dll yg sekurang-kurangnya mempunyai satu ciri yg sama. mengeset 1 me­masang atau menyediakan alat-alat pd mesin dll supaya sedia utk digunakan (dijalan­kan): ~ mesin pelarik. 2 me­ngatur (huruf dlm mesin cetak dll). mengesetkan menjadikan dlm ben­tuk set. pengeset orang atau alat yg mengeset. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata set


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diagnostic setset diagnostikTeknologi Maklumate-KesihatanSet peralatan yang digunakan oleh pakar perubatan untuk melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh. Set diagnostik yang dilengkapi dengan teknologi terkini dapat membantu pakar perubatan melakukan pemeriksaan dengan lebih cepat dan mendapatkan diagnostik yang lebih tepat untuk pelbagai jenis penyakit.
multi-spot welding setset berbilang kimpal bintikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSet alat kimpal yang digunakan untuk mengimpal bintik secara melintang, membujur, dan sebagainya.
role setset perananSosiologi KeluargaTiada-
brake setset brekSukanLumba BasikalAlat kelengkapan brek.
twelve tone setset dua belas tonMuzikTiadaLihat deret dua belas ton.
diploiddiploidPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSatu sel atau organisma yang mempunyai dua set kromosom. Satu set berasal daripada bapa dan satu set berasal daripada ibu.
minimal cut set (MCS)keratan set minimumSains NuklearKejuruteraan ReaktorGabungan peristiwa asas terkecil yang menyebabkan kegagalan berdasarkan pengendalian Boolean semasa penghitungan peristiwa utama dalam pentaksiran keselamatan berkebarangkalian.
Secure Electronic Transaction (SET)urus niaga elektronik selamat (SET)Teknologi MaklumatTiadaProtokol piawai yang direka bentuk untuk memastikan urusan e-dagang melalui Internet lebih selamat. Urus niaga elektronik selamat (SET) merupakan hasil usaha sama GTE, IBM MasterCard, Microsoft Netscape, SAIC, Terisa SYStems, BeriSiGN dan Visa.
jackknifingterikat gugurBioinformatikBioinformatik MolekulTeknik yang menguji dan menilai variasi data melalui pengiraan berulangan ke atas set data dengan menggugurkan set data yang tidak mencapai nilai ambang tertentu. Data yang mencapai nilai ambang tertentu seterusnya dinilai dan diuji semula sehingga mencapai satu nilai yang jitu. Teknik ini banyak digunakan dalam menghasilkan pepohon filogenetik.
VR headsetset kepala VRTeknologi Maklumate-PembelajaranPeranti yang dipakai di kepala dan memaparkan realiti maya kepada pemakai. Set kepala VR ini diguna pakai dalam permainan komputer dan juga dalam aplikasi lain seperti simulator penerbangan dan makmal maya. Set ini terdiri daripada paparan stereoskopik, bunyi stereo dan sensor-sensor gerakan kepala seperti giroskop, akselerometer dan sistem lampu berstruktur.
12345678910...

Kembali ke atas