Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata set atas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jackknifingterikat gugurBioinformatikBioinformatik MolekulTeknik yang menguji dan menilai variasi data melalui pengiraan berulangan ke atas set data dengan menggugurkan set data yang tidak mencapai nilai ambang tertentu. Data yang mencapai nilai ambang tertentu seterusnya dinilai dan diuji semula sehingga mencapai satu nilai yang jitu. Teknik ini banyak digunakan dalam menghasilkan pepohon filogenetik.
gene selectionpemilihan genBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang diaplikasikan ke atas set data pengekspresan gen (data mikro atur DNA) untuk mengurangkan gen yang lewah dan tidak bermaklumat.
hacking runset penggodamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSesi pencerobohan dan penggodaman yang dilakukan ke atas sesebuah sasaran atau beberapa sasaran yang berterusan untuk suatu tempoh yang lebih lama dari tempoh penggodaman biasa.
metadatametadataBioinformatikBioinformatik MolekulSet data yang dihasilkan daripada analisis ke atas pelbagai maklumat molekul dalam organisma, yang menerangkan dan menyediakan perincian yang mendalam tentang permasalahan biologi yang dikaji. Metadata akan digunakan untuk memudahkan penjejakan dan analisis data yang spesifik.
epigenome datadata epigenomBioinformatikBioinformatik MolekulSet lengkap data modifikasi epigenetik yang berlaku ke atas bahan genetik di dalam sel.
desktop publishing (DTP)penerbitan atas mejaPendidikanTiadaPenggunaan komputer yang menggunakan mikrokomputer dan pencetak laser untuk menghasilkan dokumen bercetak yang mengandungi kedua-dua teks dan grafik yang hampir seperti mutu set taip.
genome-wide epigenomic profilingpemprofilan epigenomik sekitar genomBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pemprofilan set lengkap perubahan epigenetik yang berlaku ke atas bahan genetik sel di dalam genom. Pemprofilan epigenomik sekitar genom menghasilkan pelbagai maklumat berkaitan yang berguna dalam perubatan diperibadikan dan untuk mengenal pasti penanda bio dalam penyakit.
desktop publishing (DTP)penerbitan atas mejaTeknologi MaklumatTiadaPenggunaan komputer yang menggunakan mikrokomputer dan pencetak laser untuk menghasilkan dokumen bercetak yang mengandungi kedua-dua teks dan grafik yang hampir seperti mutu set taip.
microarraymikrotatasusunanBioinformatikBioinformatik MolekulHimpunan tompokan fragmen DNA yang terlekat di atas permukaan cip kaca, yang direka bentuk secara khusus untuk analisis mikrotatasusunan. Tompokan fragmen DNA ini mewakili keseluruhan set gen sesuatu organisma yang tersusun dalam corak grid untuk kegunaan ujian genetik. Lihat juga analisis mikrotatasusunan.
calibrationtentukuranHerbaTiadaSatu set operasi yang ditetapkan di bawah keadaan tertentu untuk menguji ketepatan nilai yang diperoleh daripada suatu alat atau sistem pengukur berbanding nilai piawai rujukan. Tentukuran melibatkan pengukuran berat, perekodan data dan pengawalan atau nilai yang mewakili pengukuran bahan. Had penerimaan keputusan tentukuran biasanya telah ditetapkan. Tentukuran perlu dilaksanakan ke atas setiap alat radas, peralatan dan peranti yang digunakan dalam analisis kuantitatif.
12

Kembali ke atas