light scattering | penyerakan cahaya | Kimia | Kimia Analisis | Pancaran cahaya yang terserak setelah melalui medium. Contohnya pada kesan Tyndall, tidak ada perubahan panjang gelombang setelah penyerakan, hanya arah gerakan yang berubah. |
bathos | batos | Kesusasteraan | Puisi | Kegagalan khalayak pembaca mendapat sesuatu kesan yang diharapkan setelah membaca sesebuah puisi atau bentuk-bentuk kesusasteraan yang lain. Umpamanya pembaca mengharapkan rasa gembira, tetapi setelah membacanya, timbul perasaan sedih. Sinonim kesan sumbang. |
aided threshold | ambang pendebgaran bantu | Sains Kesihatan | Tiada | Ambang pendengaran setelah alat bantu pendengaran digunakan. |
prognosis | prognosis | Perubatan | Psikiatri | Ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, terutama setelah pesakit menjalani rawatan. |
catharsis/katharsis | jelira seni | Kesusasteraan | Puisi | Pembersihan atau kelegaan emosi setelah mengalami ketegangan dan pertentangan jiwa yang hebat kesan daripada membaca sesebuah puisi. Sinonim katarsis. |
honorarium | honorarium | - | Tiada | Bayaran yang diberikan secara rasmi kepada penulis setelah menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan. |
net loss | kerugian bersih | insurans | Tiada | Amaun kerugian yang ditanggung oleh insured setelah diambil kira semua pembayaran balik reinsurans salvaj dan subrogasi. |
mandatory power | kuasa mandatori | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang wajib dilaksanakan setelah diputuskan oleh satu badan berautoriti. Kuasa ini muktamad, tidak boleh dipinda atau dirayu dan tidak memberi sebarang pilihan kepada keputusan yang dibuat. Proses menjalankan kuasa ini akan dilakukan oleh sebuah badan seperti polis, tentera dan jabatan penjara. Contohnya, hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah merupakan hukuman mandatori. |
baby fever | idam anak | Psikologi | Tiada | Keinginan individu untuk mempunyai anak sendiri setelah mereka berjumpa dengan bayi dan terutamanya ketika mereka menggendong bayi tersebut. Keinginan ini cenderung mempengaruhi orang dewasa yang telah meningkat usia dan tidak mempunyai anak. |
baby fever | idam anak | Psikologi | Tiada | Keinginan individu untuk mempunyai anak sendiri setelah mereka berjumpa dengan bayi dan terutamanya ketika mereka menggendong bayi tersebut. Keinginan ini cenderung mempengaruhi orang dewasa yang telah meningkat usia dan tidak mempunyai anak. |