ambient noise | hingar ambien | Teknologi Maklumat | Tiada | Paras hingar yang wujud pada setiap masa di persekitaran sesuatu tempat/bilik. Paras ini selalunya diukur dalam unit desibel. Selalunya paras hingar di bilik rakaman dikehendaki berada di paras sifar. |
observability | kebolehcerapan | Kejuruteraan | Tiada | Perihal sifat sesuatu sistem yang keamatan pemboleh ubah keluaran pada setiap masa adalah cukup untuk menentukan nilai mula pada semua keadaan pemboleh ubah. |
uniform waves | ombak seragam | Kejuruteraan | Tiada | Ombak yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama setiap masa. |
consumable | guna habis; perabis | Kejuruteraan | Tiada | Bahan-bahan runcit yang biasanya kecil, murah dan perlu dibekalkan pada setiap masa, yang diperlukan dalam operasi harian sesuatu sistem, misalnya kertas dan reben pencetak dalam sistem komputer. |
steady flow | aliran mantap | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Aliran yang malar pada semua keadaan pada sebarang titik dan pada setiap masa. |
regression of the nodes | regresi nod | Matematik | Tiada | Jasad samawi itu mungkin tidak akan melintasi satah rujukan pada titik yang sama setiap masa. Garis nodnya akan bergerak perlahan-lahan sama ada ke depan ataupun ke belakang di sekeliling satah orbit, yakni dalam arah yang sama ataupun berlawanan dengan arah jasad. |
food security | keselamatan makanan | Pertanian | Agroteknologi | Keadaan dalam sesebuah negara berkaitan dengan status ketersediaan makanan untuk bekalan rakyatnya. Keselamatan makanan wujud sekiranya semua rakyat pada setiap masa mempunyai akses kepada makanan yang cukup, selamat dan berkualiti untuk memenuhi kehidupan yang aktif dan sihat. Makanan ini boleh dihasilkan sendiri oleh negara melalui pertanian atau diimport dari luar negara. Sekiranya jumlah makanan yang terdapat daripada kedua-dua sumber ini mencukupi untuk keperluan rakyat, maka tahap keselamatan makanan dianggap tinggi. Namun begitu, kebergantungan pada pengimportan makanan akan mendedahkan negara itu kepada risiko kerana pasaran makanan sedunia mungkin berubah-ubah dan terdapat kemungkinan makanan untuk diimport tidak mencukupi. Oleh itu, untuk memastikan keselamatan makanan, sesebuah negara mestilah mempunyai sektor pengeluaran makanan yang produktif. |
translation | alihan | Mekanik | Gunaan | Gerakan tanpa putaran. Setiap garis pada jasad yang mengalami alihan adalah selari dengan kedudukan mulanya pada setiap masa. Putaran tidak berlaku pada mana-mana garis pada jasad itu. Semasa beralih, semua titik pada jasad itu mempunyai halaju ketika dan pecutan ketika yang sama. Dengan itu, gerakan jasad yang sedang mengalami alihan terperihal sepenuhnya oleh gerakan sebarang titik pada jasad itu kerana semua titik pada jasad itu mengalami gerakan yang sama. Istilah alihan ini kadangkala digunakan untuk memerihalkan gerakan zarah dan, dalam kes ini, alihan membawa maksud 'gerakan' semata-mata. Lihat juga alihan melengkung, alihan melurus. |
involute | involut | Mekanik | Gunaan | Lengkung laluan bagi sebarang titik pada seutas benang apabila benang itu ditarik dan dilepaskan daripada belitannya pada suatu lengkung dasar dalam keadaan tegang pada setiap masa [Rajah II]. Involut, yang dihasilkan daripada lengkung dasar berbentuk bulatan, digunakan sebagai bentuk susuk gigi gear yang lazim. RAJAH II (Rujuk Mss. 73) |
food security | jaminan makanan | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Keadaan apabila individu memperoleh makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat dari segi fizikal dan ekonomi bagi memenuhi keperluan pemakanan pada setiap masa. |