Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ting.gi] | ستيڠݢي

Definisi : 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ting.gi] | ستيڠݢي

Definisi : bahagian layar yg boleh digulung (utk mengurangi angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setinggi

Puisi
 

Pokok pauh di tanah seberang,
     Benih berasal dari kampung;
Dari jauh kami nan datang,
     Besar harapan setinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Setinggi-tinggi melanting,
     jatuhnya ke tanah juga.

Bermaksud :

Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
short varietyvarieti rendahPertanianAgronomi

 Varieti yang tumbuh dengan ketinggian maksimumnya adalah lebih rendah berbanding varieti biasa. Contohnya, rumput gajah (Pennisetum purpureum) varieti kerdil, hanya tumbuh setinggi 40 cm, manakala varieti biasa akan tumbuh setinggi 200 cm.

kickerbanirKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit setinggi 2 inci di atas permukaan lantai bagi menempatkan dinding atau tiang konkrit.
Pavonis MonsPavonis MonsMatematikTiadaGunung berapi setinggi 19 km yang terletak di Rabung Tharsis planet Marikh. Diameter dasarnya berukuran 400 km dan diameter kaldera puncaknya 45 km.
jump smashsmesy lompatSukanTiadaSmesy yang mengkehendaki pemain melompat setinggi mungkin untuk mencapai bulu tangkis supaya pukulan lebih tajam.
high serviceservis tinggiSukanTiadaServis yang dilakukan dengan memukul bulu tangkis setinggi yang boleh agar jatuh menjunam dalam kawasan lawan. Sinonim : aggressive high service [servis tinggi]
saltationpeloncatan; rayap lompatPertanianTiadadalam air atau angin yang melantun atau melambung setinggi tidak lebih dari 15sm, dalam air dasar sungai atau atas angin di permukaan tanah.
aggressive high serviceservis tinggi agresifSukanTiadaServis yang dilakukan dengan memukul bulu tangkis setinggi yang boleh agar jatuh menjunam dalam kawasan lawan.
cow grassrumput kerbauVeterinarTiadaRumput tahunan yang mempunyai stolon dan batang yang tegak setinggi 20-60 cm. Daunnya pula tirus berukuran 4-20 cm panjang dan 5-10 mm lebar. Rumput ini hidup dengan baik di kawasan yang beriklim lembap, tanah berasid dan juga di kawasan yang bernaung sederhana. Hasil bahan kering rumput ini ialah 6-12 tan/hektar setahun manakala kandungan protein kasarnya pula ialah 7-10%. Nama saintifik: Paspalum conjugatum.
deviation of falling bodiessisihan jasad gugurMatematikTiadaJika sebuah bola yang dijatuhkan dari menara setinggi 328 kaki, bola itu akan mencecah tanah pada satu titik 62 inci ke timur garis serenjang. Ini adalah disebabkan oleh putaran bumi. Puncak menara yang berputar dalam bulatan yang lebih besar daripada tapaknya memberi bola itu halaju ke timur yang lebih besar.
additional first year allowanceelaun tambahan tahun pertamaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPelupusan susut harga bagi tujuan cukai setinggi 20% dalam tahun pertama bagi peralatan yang hayat perkhidmatannya melebihi 6 tahun.
1234

Kembali ke atas