political order | aturan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima. |
military government | pemerintahan tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sesebuah negara yang dilaksanakan oleh institusi tentera tanpa memberi hak sivil yang sewajarnya kepada orang ramai. Pemerintahan jenis ini tidak berasaskan pemisahan kuasa sebagaimana yang lazim diamalkan dalam sistem demokrasi. Kepimpinan tertinggi dan elit tentera yang lain bertindak sebagai pemerintah serta memutuskan segala dasar penting negara. Pemerintahan tentera dikaitkan dengan kekerasan, ketiadaan kebebasan dan keadilan mahkamah serta sekatan kepada parti politik, NGO, gerakan sosial dan pelajar. Pemerintahan tentera ini biasanya muncul melalui rampasan kuasa. Tahun 1970-an merupakan dekad pemerintahan tentera di Amerika Latin, Afrika dan Asia apabila banyak negara jatuh ke tangan tentera. |
obsolete diction | diksi usang | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan penggunaan diksi yang sudah terlalu kerap digunakan dalam sesebuah puisi atau sajak. Kesan penggunaannya tidak mampu lagi mengangkat makna yang sewajarnya, sesuai dengan sesuatu pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya. |
war risk insurance | insurans risiko perang | insurans | Tiada | Tidak ada insurans ditawarkan bagi risiko terhadap harta atau liabiliti di darat kerana apabila tercetus peperangan, pihak kerajaan dianggapkan telah membuat peruntukan yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, risiko perang tidak dikecualikan bagi polisi insurans hayat dan perlindungan ini juga boleh didapati bagi risiko marin dan penerbangan. |
improvisation | improvisasi | Kesusasteraan | Tiada | Perlakuan secara spontan oleh seseorang pelakon dalam sesuatu seni persembahan. Contohnya dalam persembahan drama, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pelakon harus tahu menanganinya secara improvisasi, iaitu melakukan gerak, aksi atau ucap yang boleh memberikan reaksi sewajarnya terhadap kejadian yang tidak dijangka itu. Improvisasi berasal daripada perkataan Latin improvisus yang bermaksud �tanpa persediaan�. |
nationality | kerakyatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Status kewarganegaraan yang dimiliki oleh seseorang dalam sesebuah negara. Status ini membezakan seseorang itu dengan pelancong, pendatang yang sah dan tidak sah, pelarian dan pemohon suaka politik. Dengan status kewarganegaraan, seseorang itu layak mendapat hak seperti yang sewajarnya diterima oleh seorang warganegara seperti hak mengundi, dilindungi oleh kerajaan dan pelbagai jenis pembiayaan seperti persekolahan, kesihatan dan kebajikan. Status warganegara boleh diperoleh melalui beberapa cara seperti melalui jus soli atau menjadi warganegara apabila lahir di negara tersebut atau melalui permohonan secara perundangan dan penganugerahan oleh sesebuah negara atas kepakaran yang dimiliki. |
tyranny of the majority | tirani majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi. |
quasi-federation | separa persekutuan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mengamalkan sistem persekutuan yang bersifat separa. Negara ini memiliki ciri-ciri asas persekutuan, namun praktiknya tidak sepenuhnya mengamalkan sistem persekutuan tersebut. Dalam sistem ini, kerajaan pusat sering memiliki kuasa yang tinggi atau bersifat terpusat sementara kerajaan negeri tidak memiliki autonomi yang sewajarnya. Contohnya, India dan Malaysia merupakan negara yang bersifat separa persekutuan. |
dramatic irony | ironi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi. |
laissez jaire | laissez faire | Sains Politik | Politik Perbandingan | Doktrin yang berpegang kepada kebebasan sepenuhnya kepada semua urus niaga dalam sesebuah negara demi kepentingan kebebasan, pasaran dan hak individu. Ini bermakna, sebarang campur tangan kerajaan dalam mempengaruhi pasaran atau meletakkan peraturan dalam urus niaga ditolak sama sekali. Segala aspek dalam urus niaga seperti penetapan harga, jumlah eksport dan import, kadar faedah pinjaman, peraturan pinjaman, insurans, saham, perbankan dan sebagainya bebas ditentukan sendiri oleh pasaran atau aktor yang terlibat sahaja. Kerajaan hanya memerhati dan menyediakan infrastruktur di samping mengutip cukai yang sewajarnya. Dasar ini menjadi asas kepada perkembangan sistem kapitalisme dan sangat bertentangan dengan sistem ekonomi komunisme dan sosialisme. Dasar ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan yang lebih kaya dan meminggirkan golongan yang miskin. |