honorific | hormatan | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan, gelaran, sebutan kehormatan yang diberikan kepada sesuatu tokoh. Contoh: dalam sastera lama gelaran Shah Alam di Rimba untuk Sang Kancil dan gelaran-gelaran orang-orang besar seperti Tun Perak bergelar Bendahara Paduka Raja. |
industrial estate | estet industri | Ekonomi | Tiada | Kawasan yang dirancang dan dimajukan untuk kegiatan perkilangan. Dalam kawasan tersebut semua kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, dana jalan raya disediakan oleh kerajaan. Misalnya, estet industri Senawang di Negeri Sembilan, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, dan Mak Mandin di Seberang Prai. Sinonim kawasan industri. |
allegory | alegori | Kesenian | Seni Bina | Luahan idea secara halus atau kiasan dalam bentuk seni. Idea dan ekspresi seni ini diluahkan dalam bentuk penghasilan arca, monumen, lukisan atau ukiran yang bermotifkan flora dan fauna. Contohnya, bangunan Taj Mahal dibina untuk melambangkan kasih sayang Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal yang diluahkan dalam bentuk monumen. |
electronic library | perpustakaan elektronik | Teknologi Maklumat | Tiada | Perkhidmatan perpustakaan yang diuruskan secara elektronik iaitu perkhidmatan pinjaman/pemulangan, pencarian maklumat, rujukan dan bimbingan pengguna, katalog awam dalam talian, dan sistem pembekalan penerbitan elektronik. Contohnya perpustakaan Tun Seri Lanang UKM (melalui sistem GEMILANG), perpustakaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM (melalui sistem ….), perpustakaan Sultanah Zanariah UTM (melalui sistem ORBIT) dan perpustakaan DBP. Banding perpustakaan digital dan perpustakaan maya. |

city council | majlis bandar raya | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menjadi pusat pentadbiran bagi ibu kota negeri. Kriteria asas badan ini ialah hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta dan jumlah penduduk melebihi sejuta orang. Majlis bandar raya ini bertanggungjawab untuk merancang, menghasilkan pendapatan dan membangunkan bandar raya tersebut. Badan ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dengan dibantu oleh Ahli Majlis Dewan Bandar Raya yang terdiri daripada lapan hingga 24 orang ahli. Contohnya Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB). Lihat dewan bandar raya |
narrative poetry | puisi naratif | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang mengandungi cerita atau sebuah cerita yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi naratif biasanya ditulis secara panjang dan berangkap. Setiap rangkap saling berkaitan sebagai sebuah cerita. Berbanding dengan bentuk prosa, pemaparan cerita dalam puisi naratif mengandungi nilai keindahannya yang tersendiri, khususnya apabila dibacakan secara lisan. Antara bentuk puisi naratif yang biasa ialah epik dan balada. Dalam kesusasteran Melayu tradisional, puisi naratif banyak terdapat dalam bentuk syair, antaranya Syair Siti Zubaidah, Syair Perang Mengkasar, atau Syair Yatim Nestapa. Dalam sastera Arab, puisi naratif ditemui dalam puisi-prosa Sirah �Antarah dan al-Zir Salim. Dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada karya Shah-nama oleh Daqiqi dan Zafar-nama oleh Hamdu�Llah Mustawfi. |