Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siar in

Puisi
 

Pergi ke hutan mencari akar,
     Sambil duduk bersiar-siar;
Sebab dipikat burung di sangkar,
     Burung di hutan terlalu liar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Puntung sekerat,
     penyiar rimba.

Bermaksud :

Orang yang banyak anaknya. siar = bakar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flipped learningpembelajaran balikanTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang melibatkan penyampaian maklumat atau kuliah kepada pelajar secara individu, manakala aktiviti pembelajaran dijalankan secara berkumpulan. Penyampaian maklumat dijalankan dalam persekitaran pembelajaran individu melalui rakaman video, siar pod, siar web dan sebagainya. Aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dijalankan dalam persekitaran pembelajaran kumpulan seperti bilik darjah dan kuliah. Pembelajaran balikan menggalakkan pembelajaran aktif dan kolaboratif.
cruiser bikebasikal siarSukanTiadaBasikal yang dikhususkan untuk bersiar-siar di taman, pantai atau persiaran.
podcastsiar podTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu bentuk penyiaran episod audio atau video digital yang bersiri menerusi Internet dan sering digunakan dalam e-pembelajaran. Pengguna yang melanggan perkhidmatan ini boleh memuat turun fail dan mendengarnya menggunakan pemain media pada komputer, peranti media mudah alih seperti iPod daripada hos dan pembekal kandungan kursus siaran.
webcastsiar webTeknologi Maklumate-PembelajaranPenghantaran audio atau video kepada khalayak sasaran tentang sesuatu peristiwa yang disebarkan menerusi jaringan sejagat. Contohnya, sebuah universiti yang menawarkan kursus dalam talian membolehkan pengajar menyiarkan syarahannya yang berasaskan web secara langsung atau prarakam.
footwaysiar kaki/ kaki limaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
vodcastvideo siarTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaVideo dalam bentuk digital. Pengguna boleh memuat turun video ini ke dalam komputer, telefon pintar, ataupun mengakses laman web Twitch. TV dan Youtube. Perkataan vodcast berasal daripada gabungan kata video dan broadcast.
screencastrakam-siar skrinTeknologi Maklumate-PembelajaranTeknik rakaman digital dan output skrin komputer yang merakam segala perubahan pada skrin dalam jangka masa tertentu yang ditambah baik dengan pengisahan audio untuk tujuan siaran pengajaran dan pembelajaran.
podcasterpengaudio siarTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang menyediakan kandungan fail audio digital atau video dan memuat naik di Internet.
flotilla cruisingjelajah flotilaPelanconganTiadaPelayaran untuk bersiar-siar secara berkumpulan pada kelajuan yang sama dengan menggunakan bot atau kapal.
night walkjejak malamUmumTiadaAktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu malam di kawasan tertentu. Aktiviti ini juga selalunya dijalankan di kem-kem latihan bagi menguji keberanian dan kekentalan jiwa seseorang.
12

Kembali ke atas