computer conferencing | sidang komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Sesi perbincangan atau mesyuarat yang diadakan di dua atau lebih lokasi menerusi rangkaian komputer. Sidang ini lazimnya disepadukan dengan aplikasi e-mel, sembang, papan putih dan perkongsian sumber seperti data, dokumen, audio dan video. Istilah ini juga merujuk kepada sidang data, sidang berasaskan web dan sidang video. Sesetengah sidang komputer menggunakan pangkalan data yang sama dan dikawal oleh sistem komputer. Contohnya Yahoo Messenger, iRC atau ICQ yang menggunakan kaedah multi siar. |
news conference | sidang berita | Komunikasi | Tiada | Pertemuan yang diadakan dengan para wartawan untuk menyampaikan maklumat penting yang perlu disebarkan segera. Dalam pertemuan ini, sesi soal jawab turut diadakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Selain itu, pertemuan ini juga bertujuan untuk mendapat liputan media massa mengenai sesuatu perkara. sidang media, sidang akhbar, sidang berita. |
point-to-point videoconferencing | sidang video titik ke titik | Teknologi Maklumat | Tiada | Sidang video di antara dua lokasi. Sidang video diadakan di atas litar titik-ke-titik yang menghubungkan komputer ke Internet. Protokol komunikasi yang digunakan untuk sidang ini menggunakan piawaian Internet untuk penghantaran datagram melalui pautan talian bersiri titik-ke-titik. |
point-to-point videoconferencing | sidang video titik ke titik | Teknologi Maklumat | Tiada | Sidang video di antara dua lokasi. Sidang video diadakan di atas litar titik-ke-titik yang menghubungkan komputer ke Internet. Protokol komunikasi yang digunakan untuk sidang ini menggunakan piawaian Internet untuk penghantaran datagram melalui pautan talian bersiri titik-ke-titik. |
plenary session | sidang penuh | Komunikasi | Korporat | Sesi perbincangan utama yang dihadiri oleh semua peserta atau ahli sidang yang bergabung daripada sesi perbincangan kecil yang diadakan sebelumnya bagi membuat ketetapan bersama. Sesi ini boleh dilakukan dalam sesi bengkel berdasarkan subtema yang dipilih, yang diadakan semasa sesuatu persidangan, perhimpunan, seminar, simposium, sidang kemuncak, dan konvensyen. Dalam acara ini, biasanya terdapat tema yang berkaitan dan utama, serta mempunyai kepentingan dan implikasi kepada isu yang dibincangkan. Hasil keputusan dan rumusan bengkel dibawa ke sidang penuh bagi mendapatkan ketetapan akhir. Fungsi sidang penuh adalah untuk: (i) Menyelaraskan keputusan yang dicapai daripada perbincangan kumpulan bengkel. (ii) Mendapatkan kesepakatan dalam isu utama yang berkaitan dengan tema. (iii) Mengenal pasti isu yang perlu diberi keutamaan. (iv) Memberikan ruang yang seimbang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum keputusan akhir dilaksanakan sebagai satu kaedah pembuatan keputusan demokratik.. |
audio conferencing | sidang audio | Teknologi Maklumat | Tiada | Sesi perbincangan atau mesyuarat di dua atau lebih lokasi berjauhan melalui media komunikasi seperti telefon dan internet. Komunikasi di antara ahli persidangan menggunakan peranti titi audio atau fon pembesar suara. Juga dikenali sebagai telesidang. Kemudahan sidang audio ada disediakan oleh PABX berasas komputer. Contohnya seperti rancangan pertandingan Rumi lawan Juli di Radio Era dan permintaan lagu antara radio Malaysia, Brunei dan Indonesia. Banding sidang video dan sidang komputer. |
summit meeting | sidang kemuncak | Komunikasi | Korporat | Mesyuarat berstatus tinggi yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi yang mewakili negara atau organisasi. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua negara sekiranya agenda mesyuarat adalah mengenai kepentingan antara negara. Sekiranya agenda mesyuarat tertumpu kepada kepentingan operasi organisasi atau syarikat, maka mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua eksekutifnya. Tujuan sidang kemuncak ini adalah untuk membincangkan isu dasar, mendapatkan penjelasan, serta membuat keputusan dan persefahaman secara bersama. Mesyuarat ini penting kepada organisasi atau negara kerana mampu mempamerkan kesepakatan dan kesatuan dalam kalangan pihak yang terlibat. Kesannya, citra negara, organisasi, atau syarikat tersebut akan meningkat. Sebelum sidang kemuncak, biasanya beberapa sidang kecil diadakan terlebih dahulu dalam kalangan wakil pengurusan eksekutif. Persidangan kecil ini bertujuan untuk menyediakan hala tuju dan prosedur sidang kemuncak yang diadakan. Selain itu, mesyuarat kecil ini juga bertujuan untuk menyarin |
media conference | sidang media | Komunikasi | Tiada | Lihat: sidang berita. |
plenary session | sidang pleno | Komunikasi | Korporat | Lihat sidang penuh. |
news conference/ press conference/ media conference | sidang media | Komunikasi | Korporat | Pertemuan yang diadakan oleh pihak pengurusan organisasi dengan para wartawan yang mewakili agensi media cetak dan media elektronik. Pengurusan sidang media merupakan salah satu fungsi penting bahagian perhubungan awam. Tujuan utama pertemuan ini antaranya untuk menyampaikan perkembangan terbaru organisasi, menjelaskan sesuatu isu yang berkaitan dengan organisasi, dan menerangkan pendirian organisasi mengenai sesuatu perkara yang berkepentingan dengan organisasi. Semasa pertemuan dengan media, pihak pengurusan tertinggi organisasi bertindak sebagai jurucakap untuk meningkatkan kewibawaan dan kesahihan maklumat yang disampaikan. Maklumat bertulis biasanya diedarkan kepada wakil media sebagai pelengkap kepada maklumat yang disampaikan secara lisan. Maklumat bertulis juga berfungsi sebagai rujukan kepada wakil media untuk mengemukakan soalan sewaktu sesi soal jawab. |