quantum number | nombor kuantum | Kimia | Tiada | Nombor yang merupakan nilai unit asas tenaga elektromagnet. Nombor ini menyatakan sifat-sifat gelombang elektron. Elektron sesuatu unsur mempunyai empat nombor kuantum yang mentakrifkan sifat-sifatnya, iaitu pertama, nombor kuantum utama n yang terdiri daripada sebarang integer positif, (n = 1,2,3... ¥). Nombor ini menentukan aras atau petala tenaga elektron yang utama. Kedua, nombor kuantum momentum sudut l yang terdiri daripada integer yang berkait dengan n, iaitu l = 0, 1, ... , (n – 1). Nilai pemalar ini menentukan orbital. Misalnya, l = 0, orbital ialah s; l = 1, p; l = 2, d; dan seterusnya. Ketiga, nombor kuantum orbital magnet m yang terdiri daripada integer berkait dengan l, iaitu m = 0, ±1, ±2, ±3,... ±l. Nombor ini menyatakan orientasi orbit berasaskan medan magnet yang kuat. Keempat, nombor kuantum spin magnet s yang tidak ada kaitan dengan nombor-nombor kuantum lain, dan mempunyai nilai, sama ada + ½ atau - ½ bergantung pada arah spin elektron pada paksinya. |
Lame�s constant | pemalar Lame | Fizik | Mekanik | Dua pemalar positif, l dan m, yang diperkenalkan oleh Lame bagi mencirikan sifat-sifat suatu pepejal isotrop. Pemalar-pemalar itu dikaitkan dengan modulus Young (?) dan nisbah Poisson (s), menerusi dua persamaan berikut: m dikenali sebagai ketegaran atau modulus ricih. Pemalar l dipanggil lambda Lame. lih. pemalar kenyal |
electric charge | cas elektrik | Kimia | Tiada | Sifat zarah asas, simbol Q, yang terdiri daripada dua jenis, iaitu terdiri daripada dua jenis, iaitu positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui saling tindak elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain. Elektron mengandungi unit cas negatif yang terkecil, manakala proton pula mengandungi unit cas positif yang terkecil. Sesuatu zarah bercas negatif jika mengandungi lebih elektron daripada proton dan bercas positif jika mengandungi lebih proton daripada elektron. Cas elektrik ialah hasil darab arus elektrik (dalam unit ampere) dengan maa (dalam unit saat) dan diukur dalam unit coulomb. |
media relations | perhubungan media | Komunikasi | Korporat | Usaha perhubungan antara pihak organisasi awam atau swasta dengan agensi media cetak atau elektronik. Proses perhubungan tersebut dirancang secara sistematik bagi memastikan berlakunya sifat hubungan yang positif, tekal, dan berkesan bagi mencapai keperluan organisasi. Bentuk keperluan tersebut adalah seperti mudah mendapatkan kerjasama media dalam aktiviti penyebaran maklumat organisasi kepada khalayak luar organisasi dan sentiasa mendapat liputan yang luas dan positif. Kaedah untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengumpul senarai maklumat petugas media, mengenal pasti gaya penyediaan maklumat penerbitan dan penyiaran di setiap media, memantau sebarang perubahan yang berlaku dalam organisasi media, dan melakukan hubungan antara peribadi dengan petugas media. Pada peringkat yang lebih formal, perhubungan tersebut boleh dilakukan melalui sidang media, edaran siaran media, lawatan media, dan acara khas media. Kelengkapan peralatan teknologi komunikasi maklumat turut memudahkan pelaksanaan hubungan ter |
gram-positive | gram-positif | Biologi | Mikrobiologi | Sifat bakteria yang mampu mengikat pewarnaan Gram sehingga berwarna biru biji kundang. |
electrochromic | elektrokromik | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida. |
ferromagnetic | feromagnet | Geologi | Tiada | Sifat bahan yang mempunyai kerentanan magnet yang sangat besar dan positif, dan oleh itu momen magnet tidak jatuh kepada sifar apabila medan magnet yang dikenakan dikeluarkan. |
ferromagnetic | feromagnet | Kejuruteraan | Tiada | Sifat bahan yang mempunyai kerentanan magnet yang sangat besar dan positif, dan oleh itu momen magnet tidak jatuh kepada sifar apabila medan magnet yang dikenakan dikeluarkan. |
governance | tadbir urus | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pentadbiran organisasi yang dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Antara faktor utama yang menyumbang kepada tadbir urus yang cekap dan berkesan ialah sifat dan sikap positif pemimpin, berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan, mempunyai ideologi dan fikiran yang prolifik serta mampu menjana perubahan. Tadbir urus yang cekap dan berkesan menjadi tunggak dalam memantapkan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, sebuah kerajaan yang mantap dari segi pentadbiran dan pengurusan akan menjana sebuah negara yang makmur dan sejahtera seperti Malaysia. |
pion | pion | Matematik | Tiada | yang mempunyai sifat spin dan wujud dalam tiga keadaan: neutral, bercas positif dan bercas negatif. Magnitud casnya adalah sama dengan cas elektron. |