Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.hat] | صيحت

Definisi : 1. tidak kena (menghidap) sebarang pe­nyakit, tidak sakit-sakit, afiat, segar: anak­-anaknya ~-~ sahaja; 2. sembuh drpd sakit, pulih, betah: aku ingin menolong engkau sampai anak engkau ~ spt sediakala; 3. ki dlm keadaan yg baik (elok, biasa, dll), berjalan dgn lancar (rancangan dll), masuk akal (pen­dapat dll), dapat diterima: walaupun kami miskin tetapi rakyat kami ~ fikirannya; 4. berjalan (dilakukan dsb) dgn baik, tidak menimbulkan keburukan (persengketaan dsb): mereka haruslah mengendalikan proses pembelian dgn berkesan agar wujud per­tandingan yg ~ dlm pasaran; menyihatkan 1. menjadikan sihat: makan­an itu tidak sedap tetapi mesti dimakan utk ~ badan; 2. memulihkan (spt sediakala atau lebih baik): mereka didapati menghidap penyakit yg susah hendak disihatkan; cita­-citanya ialah hendak ~ masyarakat yg telah rosak moral itu; 3. mendatangkan kebaikan kpd tubuh badan, berkhasiat: makanan yg ~; penyihatan perihal menyihatkan; kesihatan perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll): Kementerian K~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.hat] | صيحت

Definisi : 1 tidak menghidap sebarang pe­nyakit; tidak sakit-sakit; segar: Anak-anaknya ~ belaka. 2 sembuh drpd sakit: Tak usahlah engkau bekerja kuat, engkau belum ~ lagi. menyihatkan menjadikan sihat: Utk ~ badan, kita perlu selalu ber­senam. kesihatan keadaan atau peri­hal sihat; kesegaran: Kita hendaklah sentiasa menjaga ~ kita. penyihatan perbuatan atau perihal menyihatkan: Vitamin membantu ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sihat (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak sakit: afiat, segar, waras, cergas, cerdas, aktif, cedas,
Berantonim dengan sakit

2. Bersinonim dengan sembuh: pulih, baik semula, betah, uras,
Berantonim dengan sakit

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan masuk akal, dapat diterima, berjalan lancar,

Kata Terbitan : menyihatkan, kesihatan,

Puisi
 

Cik Mahat orang di desa,
     Duduk menjemur tepi paya;
Luar sihat dalam bisa,
     Cari bomoh ubatkan saya.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ecosystem serviceperkhidmatan ekosistemTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKepelbagaian perkhidmatan dan manfaat yang dinikmati daripada persekitaran semula jadi dan ekosistem yang sihat. Ekosistem yang sihat merangkumi agroekosistem, ekosistem hutan, ekosistem tanah lapang hijau dan ekosistem akuatik.
undisrupted integumentintegumen sihatKejururawatanTiadaKesempurnaan integumen yang berfungsi menutupi tubuh.
morbidity ratekadar kemorbidaninsuransTiadaNisbah orang yang sakit berbanding dengan orang yang sihat bagi sesuatu kumpulan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Nisbah ini juga boleh menggambarkan bilangan orang yang baru mengidap sejenis penyakit atau jumlah bilangan yang mengidap sejenis penyakit tertentu.
dystrophydistrofiHerbaFitoterapiPengecutan otot secara berperingkat disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat.
health seeking actionikhtiar kesihatanKejururawatanTiadaTindakan individu yang mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mencapai kualiti hidup yang optimum. Contoh, pemakanan yang seimbang dan mengamalkan senaman secara teratur.
eating disordergangguan makanMakanan dan PemakananPemakananTabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema.
recommended dietary allowancesaranan pengambilan makananSains KesihatanTiadaSaranan pengmabilan nutrien untuk individu yang sihat mengikut umur dan jantina serta aktiviti.
colickolikHerbaFitoterapi1. Sakit teruk yang memulas dan berurutan di abdomen. 2. Seorang bayi sihat yang menangis dengan kerap secara berterusan dan keterlaluan yang mungkin disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu (intolerans laktosa).
essential amino acidasid amino perluKejururawatanTiadaLapan asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat. Asid amino ini tidak boleh disintesiskan oleh badan dan perlu diperoleh daripada makanan atau ubatan.
immunologyimunologiPerikananAkuakulturKajian tentang sistem imun dalam ikan. Kajian ini merangkumi fungsi fisiologi ikan dalam keadaan sihat dan sakit, tindak balas ikan terhadap patogen dan aspek-aspek fiziko-kimia.
123

Kembali ke atas