silicon boule | boule silikon | Fizik | Nanoteknologi | Jongkong silikon hablur tunggal yang dihasilkan secara sintetik. Dalam industri semikonduktor, boule silikon dapat dihasilkan menerusi beberapa cara, seperti teknik Bridgeman atau proses Czochralski. Bagi menghasilkan satu rod silinder, boule silikon biasanya dipotong menjadi wafer bulat dan digilap agar substrat sesuai sebagai peranti semikonduktor. |
silicon electronics | elektronik silikon (ilmu) | Fizik | Nanoteknologi | Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip. |
silicon nanograss | nanorumput silikon | Fizik | Nanoteknologi | Permukaan pada wafer silikon yang apabila dicerap dengan menggunakan mikroskop elektron akan kelihatan seperti rumput bersaiz nano. Rumput silikon ini dapat dibentuk dengan pelbagai cara dan salah satunya melalui punaran plasma hidrogen. Rumput ini dapat mengawal pengaliran titisan cecair pada permukaan silikon untuk menyejukkan litar bersepadu komputer. Rumput ini juga digunakan sebagai komponen peranti komunikasi fotonik dan juga sebagai sensor. |
single-nanoparticle electronic device | peranti elektronik nanozarah tunggal | Fizik | Nanoteknologi | Alat elektronik yang difabrikasi dengan menyusun blok nanozarah hablur tunggal silikon. Nanozarah silikon ini berdiameter antara 20 nm - 80 nm, berbentuk kubus dan berorientasi tinggi. |
porous silicon phosphorescence | pendarfosfor silikon berliang | Fizik | Nanoteknologi | Pemancaran cahaya daripada bahan silikon berliang apabila diuja oleh sinaran elektromagnet, hentaman zarah atau kaedah lain selain pemanasan. Proses pemancaran ini berlaku sebagai kesan pengurungan kuantum ke atas elektron atau lohong dalam bahan silikon yang mempunyai liang halus bersaiz nanometer. Pendarfosfor silikon berliang dapat digunakan untuk menghasilkan peranti diod pemancar cahaya. |
silicon | silikon | Fizik | Nanoteknologi | Unsur kimia bukan logam, formula kimia, Si, dengan ciri nombor atom 14, valensi 4, berat atom 28.086, suhu lebur 1,410�C, suhu didih 2,355�C dan ketumpatan graviti 2.33. Unsur ini banyak terdapat pada kerak bumi dalam batu dan pasir sebagai sebatian silikon dioksida (SiO2). Bahan silikon tulen boleh berbentuk hablur dan amorfus. Bahan ini bersifat semikonduktor dan digunakan secara meluas dalam pembuatan peranti elektronik, seperti cip komputer, transistor dan diod. Sifat semikonduktor silikon dapat diubah melalui proses pengedopan dengan boron, fosforus atau arsenik. |
nanopore | nanoliang | Fizik | Nanoteknologi | Liang kecil bersaiz satu molekul kecil pada bahan pepejal, nanozarah atau membran. Contohnya, alur protein dalam dwilapisan lipid atau liang dalam membran bahan pepejal. Liang daripada bahan pepejal diperbuat daripada membran sebatian silikon biasanya silikon nitrat. Antara teknik pembuatannya termasuklah menggunakan alur elektron dan alur ion. Nanoliang ini dapat digunakan sebagai pengesan molekul tunggal, contohnya dalam analisis interaksi protein DNA. |
cantilever | kantilever | Fizik | Nanoteknologi | Palang pejal yang dapat bergetar pada satu hujung penduga yang digunakan dalam alat mikroskop daya atom (AFM) atau mikroskop penerowongan imbasan (STM). Bentuk kantilever bergantung pada mod pengukuran alat tersebut. Kantilever biasanya diperbuat daripada silikon (Si), silikon nitrida (SiN) atau nanotiub karbon. |
silane | silana | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian kimia yang mengandungi silikon dan hidrogen dengan formula kimia, SiH4. Sebatian ini mudah terbakar atau meletup dalam udara dan dapat terurai pada suhu melebihi 420�C kepada silikon dan hidrogen. Silana digunakan dalam pemendapan wap kimia untuk menghasilkan filem tipis silikon. |
homoepitaxy | homoepitaksi | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur yang sama jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, silikon jenis-p dimendapkan ke atas silikon jenis-n. Banding heteroepitaksi. |