Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg melencong atau bercabang dr yg lurus, tempat jalan (sungai dll) bercabang atau berpisah dr yg lurus: sebuah lori berhenti tidak jauh dr ~ empat di pekan itu; ~ belahan Mn sebahagian drpd sesuatu kaum atau cabang kaum (yg berpindah ke tempat lain, yg berjauhan tempatnya); ~ jalan cabang jalan; ~-perenang porak-peranda; bersimpang 1. bercabang (jalan, sungai, dll), berbelah: di tempat itu jalan tadi ~; 2. Mn tidak sehaluan, berlainan (pembawaan dll), berbeza (pendapat dll); bersimpangan bertemu tetapi masing-ma­sing dgn haluan sendiri, berselisih jalan; menyimpang 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain: ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan), menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan), sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum; istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal; menyimpangkan menjadikan menyimpang, membawa menyimpang, memesongkan, me­nyesatkan; simpangan (jalan, sungai, dll) yg me­nyimpang, cabang kpd sesuatu (jalan, sungai, dll) yg lebih besar; persimpangan = ~ jalan tempat jalan menyimpang atau bercabang: kebetulan pd ketika itu saya telah sampai ke ~ jalan balik ke rumah saya; penyimpangan perihal (perbuatan dsb) me­nyimpang (drpd sesuatu): ~ drpd tatabahasa baku bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pangi menyilangi yg lain (bkn jalan): Jalan itu ~ jalan ke rumahnya. me­nyimpangkan menjadikan menyimpang: Fikiran be­gitu akan ~ mereka dr ajaran yg benar. persimpangan tempat jalan bersimpang: Aku bertemu dgn dia di ~ jalan masuk tadi. penyimpangan perbuatan, perihal dsb menyimpang, menyimpangi atau menyimpangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tempat jalan atau tempat su­ngai bercabang atau berpisah dr yg asal: Berjam-jam lamanya saya menunggu bas di ~ empat itu. bersimpang berpecah atau berbelah menjadi bercabang: jalan ~ dua. ~-siur a. bergerak ke sana ke mari dgn sibuknya (bkn kenderaan di jalan raya dsb). b. silang-menyilang kerana terlalu banyak (bkn jalan raya, kawat telefon dsb). bersimpangan 1 banyak simpang (bkn jalan). 2 bersilang jalan. menyimpang 1 melencong dr arah yg mula-mula; membelok ke arah lain: Kalau tidak ~, tentulah aku berlanggar dgn beca itu tadi. 2 tidak menurut apa-apa yg sepatutnya; menyeleweng dr yg sebenarnya: Kami tidak pernah ~ dr ajaran Nabi Besar kita. menyim- (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpang (kata nama)
Bersinonim dengan cabang, cagak, canggah;,
Kata Terbitan : bersimpang, menyimpang, menyimpangkan, persimpangan, penyimpangan,

Puisi
 

Simpang Empat sampai ke Bintung,
     Jalan melintas Utan Aji;
Kalau dapat memanglah untung,
     Kalau terlepas gigit jari.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
junctionsimpangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSambungan elektrik antara dua dawai.
junctionsimpangPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Josephson junctionsimpang JosephsonFizikNanoteknologiSatu lapisan penebat tipis yang memisahkan dua bahan superkonduktor untuk menghasilkan kesan Josephson. Lihat juga kesan Josephson.
tunnel junctionsimpang terowonganNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSatu sawar seperti lapisan penebat nipis atau keupayaan elektrik antara dua bahan pengkonduksian elektrik yang sama. Elektron dapat melalui sawar dengan proses penerowongan kuantum.
terminalterminalKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPunca atau simpang untuk penyambungan elektrik.
parkwaylebuh tamanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLebuh raya yang mempunyai pemandangan yang indah, bilangan simpang yang terhad dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan perdagangan.
liquid junction potentialkeupayaan simpangan cecairKimiaKimia AnalisisKeupayaan yang terbit apabila terdapat jambatan garam sebagai simpang secair oleh sebab adanya perbezaan kadar pembauran ion-ion di antara larutan. Kadar pembauran bergantung kepada saiz, bentuk dan berat.
barrier-layer cellsel lapisan sawarKimiaKimia AnalisisPeranti yang mengesan atau mengukur sinaran elektromagnet melalui penghasilan keupayaan pada simpang (lapisan sawar) di antara dua jenis bahan.
Coulomb blockade nanotubenanotiub penghalang CoulombFizikNanoteknologiNanotiub yang meningkatkan rintangan pada voltan pincang kecil dalam alat elektronik yang mengandungi sekurang-kurangnya satu simpang terowong kapasitans rendah. Proses ini berlaku berasaskan kesan penghalang Coulomb yang hanya terdapat pada bahan berstruktur nano seperti nanotiub dan bintik kuantum.

Kembali ke atas