Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.mu.la.tor] | سيمولاتور

Definisi : sistem atau alat yg direka bentuk utk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (utk tujuan kajian atau latih­an): Malaysia dan Brunei mungkin dapat berkongsi ~ utk melatih juruterbang pesawat pengebom Hawk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simulator


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
VR headsetset kepala VRTeknologi Maklumate-PembelajaranPeranti yang dipakai di kepala dan memaparkan realiti maya kepada pemakai. Set kepala VR ini diguna pakai dalam permainan komputer dan juga dalam aplikasi lain seperti simulator penerbangan dan makmal maya. Set ini terdiri daripada paparan stereoskopik, bunyi stereo dan sensor-sensor gerakan kepala seperti giroskop, akselerometer dan sistem lampu berstruktur.
virtual reality (VR)realiti maya (VR)Teknologi Maklumate-PembelajaranPersekitaran buatan janaan komputer yang direka bentuk menyerupai kewujudan fizikal seseorang dalam persekitaran seolah-olah benar untuk pengguna mengalami dan memanipulasi persekitaran tersebut seperti dalam dunia nyata. Kebanyakan persekitaran realiti maya berdasarkan pengalaman visual yang dipaparkan melalui skrin komputer atau paparan stereoskopik. Contoh realiti maya dalam e-pembelajaran ialah avatar, muzium maya, makmal maya dan simulator penerbangan.

Kembali ke atas