pameo | pameo | Kesusasteraan | Puisi | Hasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nada� nada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris� baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk! |
sarcasm | sindiran | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi. |
wit | wit | Kesusasteraan | Tiada | Kenyataan yang bijak, lucu serta berunsur sindiran sebagai respons terhadap sesuatu situasi. |
satire | satira | Kesusasteraan | Puisi | Corak puisi yang berupa kecaman, cemuhan atau sindiran tetapi disampaikan secara halus dan kesannya amat tajam. Contohnya. seperti pantun di bawah. Dalam semak ada duri, Ayam kuning buat sarang; Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dengan bayang. |
antiphrasis | antifrasis | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan atau frasa yang berunsur ironis, sindiran, satira atau humor untuk menyampaikan sesuatu maksud yang bertentangan. |
aphorism | aforisme | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan ringkas yang mengandungi nasihat, panduan dan sindiran seperti bidalan atau pepatah. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Puisi | Gaya penyampaian puisi melalui unsur bahasa perbandingan dan sindiran. Gagasan atau isi lazimnya mengandungi nilai�nilai moral tentang kehidupan. |
carmen | karmen | Kesusasteraan | Puisi | Baris pertama puisi berperanan sebagai pembayang yang mengandungi nada sindiran. Contohnya, Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. |
meiosis | ungkapan merendah | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan penyair dalam menyampaikan sesuatu pandangan, gurauan atau sindiran. Penyair mengucapkannya dengan gambaran yang lebih kecil daripada yang sebenarnya supaya gurauan itu tidak begitu keras mengenai sasarannya. Contohnya, baris kedua, rangkap pertama dalam puisi berjudul "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar di bawah dapat dikatakan ungkapan merendah yang bersifat gurauan. Sinonim miosis. aku adalah rakyatmu yang lebih kecil dari seekor semut |
burlesque | burlesk | Kesusasteraan | Tiada | Komposisi tentang subjek serius yang disampaikan dalam bentuk lucu atau sindiran. |