Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.kat] | سيڠکت

Definisi : 1. tidak panjang (waktu, umur, dll), pendek: kunjungannya sangat ~; kain pen­dek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng; 2. ringkas (berita, cerita, percakapan, dll): “Besok aku ke mari lagi,” katanya ~, lalu melangkah hendak pergi; 3. ki picik atau cetek (fikiran dll): orang-orang yg ~ pemi­kirannya dan yg sangat tamak terlalu ramai; ~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; ~ bayang alamat tidak panjang umur; ~ kata = ~nya pendek kata, pendeknya; ~ pengetahuan lekas mati; ~ sungu Mn (orang yg) pemarah; ~ tangan orang yg kedekut (kikir); ~ umur (usia) tidak panjang umurnya, lekas mati; ~ diulas, panjang dikerat prb yg kurang hendaklah ditambah sedangkan yg lebih hendaklah dikurangkan; ~ tidak terulas, panjang tidak terkerat prb tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati; senteng dibilai, ~ diulas prb yg kurang ditambah dan yg pendek disambung; menyingkatkan 1. menjadikan singkat (pen­dek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; mempersingkat menjadikan lebih singkat; singkatan, kesingkatan sesuatu yg di­singkatkan, kependekan, ringkasan: ~ spt pakdr bapak, bu dr ibu, merupakan gejala umum dlm pemakaian bahasa; penyingkatan perihal menyingkatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.kat] | سيڠکت

Definisi : 1 tidak labuh ke bawah (bkn seluar dll); senteng: Seluarnya ~. 2 tidak lama tempohnya (bkn umur dll); sekejap: Kunjungannya ke sini ~ saja. 3 tidak panjang (bkn ucapan, cerita dsb); ringkas dan pendek. 4 tidak panjang fikiran atau akal; cetek fikir­an: Hanya orang yg ~ akalnya saja yg sanggup melakukan perkara itu. menyingkatkan membuat jadi singkat; memendekkan; meringkaskan: Kerana waktu tidak mengizinkan, saya terpaksa ~ ucapan saya. singkatan sesuatu yg disingkatkan atau yg dipendekkan; kependekan. penyingkatan perbuat­an atau hal menyingkatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkat (adjektif)
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan sekejap pendek, tidak lama,

2. Dalam konteks berita
bersinonim dengan ringkas, pendek,
Berantonim dengan panjang

3. Bersinonim dengan cetek: dangkal, sempit, picik, sontok, ciut,

Kata Terbitan : menyingkatkan, singkatan, kesingkatan,

Peribahasa

Singkat diulas,
     panjang dikerat.

Bermaksud :

Yang kurang hendaklah ditambah, sedangkan yang lebih hendaklah dikurangi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scalping tradingdagangan saham singkatEkonomiTiadaStrategi pelaburan saham yang dilakukan oleh pedagang saham singkat untuk mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham.
scalping tradingdagangan saham singkatEkonomiTiadaStrategi pelaburan saham yang dilakukan oleh pedagang saham singkat untuk mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham.
interludeselinganKesusasteraanTiadaPencelahan singkat dalam sesuatu karya atau persembahan. Tujuan selingan adalah untuk meredakan ketegangan penonton. Contohnya, persembahan singkat antara babak sesuatu drama yang ditampilkan, sama ada dalam bentuk farsa, lakon moraliti, atau lakon sejarah. Dalam puisi, pencelahan boleh berlaku antara bahagian, rangkap, atau baris dalam puisi tersebut. Dalam persembahan bangsawan, contoh selingan ialah nyanyian, tarian, muzik dan lawak jenaka.
high intensity interval training (HIIT)latihan berjeda keamatan tinggi (HIIT)SukanTiadaSenaman dalam masa singkat yang disusuli dengan pemulihan dalam masa singkat untuk mengembalikan kadar denyutan jantung yang normal. Contohnya, seperti berbasikal dan berlari pecut.
minimalismminimalismeKesusasteraanTiadaGaya dramatik yang mengehadkan karya kepada yang asas dan ringkas dalam bentuk yang singkat. Contohnya, karya haiku, epigram dan sketch dramatik yang amat singkat atau berbentuk monolog. Penggunaan latar hiasnya amat sedikit dan penggunaan kosa katanya kadangkala tanpa ujaran sehingga senyap sunyi. Contohnya, drama karya Samuel Beckett bertajuk Breath yang pementasannya mengambil masa 30 saat. Drama ini tidak mempunyai watak dan tiada sebarang ucapan.
shortpendek; singkatFizikTiadaTiada
shortpendek; singkatPendidikanTiadaTiada
shortpendek; singkat; kayu gergaji pendekPerhutananTiadaTiada
shortpendek; singkatKejuruteraanTiadaTiada
scalperpedagang saham singkatEkonomiTiadaPedagang yang memasuki pasaran saham dan berusaha mengaut keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dan membuat keuntungan yang cepat dengan penjualan semula saham. Mereka boleh melakukan dagangan seperti ini beberapa kali dalam sehari dan sentiasa memantau tahap harga setiap dagangan saham.
123456

Kembali ke atas