Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sintésis) 1. proses menyatukan pel­bagai unsur, bahagian, bahan, dsb menjadi sua-tu kesatuan atau keseluruhan yg kompleks, penyatuan, penggabungan, pemaduan; 2. suatu keseluruhan yg kompleks yg terdiri drpd pel­bagai unsur, bahan, dsb; 3. cara mencari prinsip yg umum drpd prinsip-prinsip yg khusus; mensintesiskan melakukan sintesis, menyatu­kan, menggabungkan, memadukan: novel ini padat dgn idea dan gagasan falsafah yg masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dlm perwatakan atau suasana keseluruhan novel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sintésis/ 1 ist paduan beberapa unsur (sebatian dsb) utk membentuk sebatian lain yg lebih kompleks. 2 kesimpulan umum yg dibuat ber­dasarkan andaian (hukum dsb) yg lebih khusus. mensintesiskan meng­gabungkan atau memadukan unsur, sebatian dsb, terutamanya secara kimia, utk membentuk sebatian yg lebih kompleks. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sintesis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nanoscale synthesissintesis nanoskalaFizikNanoteknologiSintesis yang berkaitan dengan penghasilan nanostruktur dengan geometri khusus dan pada tempat tertentu di atas suatu permukaan substrat. Sintesis ini juga melibatkan sifat kimia dan komposisi molekul yang digunakan. Kaedah yang biasa digunakan dalam sintesis ini ialah kaedah kimia, pengewapan laser, termolisis, dan kaedah denyutan laser.
synthesissintesisKesusasteraanTiadaPenggabungan pelbagai unsur untuk menjadikannya satu kesatuan yang kompleks. Dalam penulisan kreatif, sintesis merujuk kepada penggabungan pelbagai unsur seperti bahasa, pengalaman, imaginasi, dan nilai untuk menjadikannya satu kesatuan. Dalam kritikan sastera, sintesis bermaksud kajian yang dibuat ke atas kepelbagaian unsur dalam karya, dan hubung kait antaranya. Sintesis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �meletakkan bersama�.
laser evaporation synthesissintesis penyejatan laserFizikNanoteknologiTeknik sintesis nanozarah dengan menggunakan alur laser untuk menyejat bahan sasaran yang kemudiannya terkondensasi menghasilkan zarah bersaiz kurang daripada 100 nm.
codonkodonFizikNanoteknologiSatu rantaian tiga nukleotid pada mRNA yang membentuk kod genetik bagi menghasilkan asid amino tertentu ke dalam rantai polipeptida semasa proses sintesis protein atau isyarat untuk memberhentikan sintesis protein tersebut.
nanoparticle synthesissintesis nanozarahFizikNanoteknologiKaedah kimia atau fizik yang digunakan untuk menghasilkan nanozarah. Contohnya, kaedah plasma RF, kaedah sol-gel, termolisis dan kaedah denyutan laser.
green synthesissintesis hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenghasilan produk dengan mengamalkan prinsip kimia hijau, contohnya penghasilan ibuprofen.
synthetic oilminyak sintesisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMinyak tiruan yang dibuat daripada bahan bukan minyak mentah asli yang berasaskan petroleum.
anabolismanabolismeKejururawatanTiadaProses sintesis molekul-molekul ringkas kepada kompleks seperti protein dan lemak.
Merrifield methodkaedah MerrifieldFizikNanoteknologiTeknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini.
codonkodonPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKombinasi tiga nukleotida DNA atau RNA berurutan yang membentuk asid amino tertentu semasa sintesis protein.
123

Kembali ke atas