initial caesura | jeda awal | Kesusasteraan | Puisi | Penghentian sebentar pengucapan sama ada pada diksi, frasa ataupun ayat dalam baris puisi, sebelum meneruskan pengucapan pada baris berikutnya. Contohnya, pantun dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Sirih berlipat sirih pin ang , Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awai bismillah pembuka bicara. |
antimycotic | antimikotik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kulat. Contohnya, ekstrak daun sirih (Piper betle) yang bersifat antimikotik. |
sialagogue | sialagog | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang merangsang pengeluaran air liur. Contohnya, ekstrak akueus halia (Zingiber officinale), sirih (Piper betle) dan lada hitam (Piper nigrum). |
antiallergy | antialahan | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat menghalang atau mengurangkan manifestasi alahan. Contohnya, minyak pati daun sirih (Piper betle) atau ekstrak etanol daun murunggai (Moringa oleifera) yang bersifat antialahan. Sinonim antialergi. |
leucorrhoea | leukorea | Herba | Pemiawaian | Lendir yang keluar dari saluran serviks atau vagina sama ada berwarna putih atau kekuningan. Ekstrak daun sirih (Piper betle), kacip fatimah (Marantodes pumilum) dan manjakani (Quercus infectoria) digunakan untuk merawat leukorea. |
histamine | histamina | Herba | Pemiawaian | Bahan yang dirembeskan akibat tindak balas alahan semasa demam selesema atau alahan terhadap debunga. Kesan histamina boleh dikurangkan dengan mengambil minyak pati daripada daun sirih (Piper betle). |
bactericidal | bakterisidal | Herba | Pemiawaian | Kaedah rawatan yang berupaya memusnahkan bakteria. Antara kaedah bakterisidal yang biasa digunakan ialah pemanasan, penapisan, radiasi dan rawatan menggunakan bahan kimia. Contohnya, penggunaan ekstrak sirih (Piper bettle) untuk mencegah jangkitan bakteria. |
antihistamine | antihistamina | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang, melegakan atau mengurangkan tindakan histamina yang dirembeskan akibat tindak balas alahan semasa demam selesema atau alahan terhadap debunga. Contohnya, ekstrak daun sirih (Piper betle) atau rizom halia (Zingiber officinale) yang bersifat antihistamina. |
herbal mouth wash | bahan cuci mulut herba | Herba | Tiada | Larutan herba yang digunakan untuk membersihkan dan menyegarkan rongga mulut. Larutan ini dikumurkan dan kemudian dikeluarkan, dan tidak diminum. Contoh herba ini ialah sirih. |
antiperspirant | antipeluh | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat mencegah atau membantu mengawal pengeluaran peluh yang berlebihan di permukaan kulit badan terutamanya telapak tangan, kaki serta ketiak yang mengakibatkan ketakselesaan. Contohnya, ekstrak daun sirih (Piper betle) yang bersifat antipeluh. |