blacktip reef shark | yu sirip hitam | Perikanan | Tiada | Ikan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Carcharhinus melanopterus, iaitu jenis ikan demersal yang berenang secara tidak berkumpulan. Yu sirip hitam bersaiz sederhana dan berwarna coklat keperangan di bahagian atas badan serta putih di bahagian bawah badan. Pada puncak sirip dorsal kedua, hujung sirip pektoral, hujung sirip pelvik dan hujung sirip anal ikan ini terdapat tompokan berwarna hitam. Muncungnya pula pendek dan bulat melebar dari pandangan bawah. Jarak dari hujung muncung ke mulut hampir sama dengan jarak di antara kedua lubang hidung. Gigi pada rahang atas adalah kecil, ramping, bengkok dan bergerigi pada pangkalnya. Gigi pada rahang bawah juga kecil, ramping, tegak dan ada yang senget manakala bahagian tepinya bergerigi halus. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan rawai atau joran. |
dorsal fin | sirip dorsal | Aeroangkasa | Tiada | Sirip tambahan pada permukaan atas fiuslaj di hadapan sirip utama untuk meningkatkan kestabilan berarah.,Buku panduan yang memberi maklumat tentang cara untuk membaik pulih dan menguji sistem dalam pesawat udara.,Sirip tambahan pada permukaan atas fiuslaj di hadapan sirip utama untuk meningkatkan kestabilan berarah. |
sirip igavuk(Rgs.) | sirip igavuk(Rgs.) | Kesenian | Tiada | Motif tenunan berunsur keadaan berbentuk huyung-hayang seperti orang mabuk. |
fin efficiency | kecekapan sirip | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pecahan atau peratusan haba yang berjaya disejukkan dengan adanya permukaan tambahan sirip bagi penukaran haba dan dianggarkan sebagai dengan T = suhu bendalir yang akan disejukkan, n� = kecakapan sirip, T� = suhu permukaan di hujung sirip, Tw = suhu permukaan tiub atau di pangkal sirip. |
fin factor | faktor sirip | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Faktor yang ditakrifkan sebagai (rujuk m/s 51) dengan a� = faktor sirip, h0 = pekali pemindahan haba kelompang, L = lilitan, T = luas keratan rentas, k = keberaliran haba. Ia digunakan untuk menentukan sama ada sirip diperlukan atau tidak bagi sesuatu alat penukar haba. Jika nilai faktor sirip amat kecil atau sifar, sirip tidak akan membantu meningkatkan kadar penyejukan. |
dorsal fin | sirip dorsal | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Sirip tambahan pada permukaan atas fiuslaj di hadapan sirip utama untuk meningkatkan kestabilan berarah. |
fin J-factor | faktor-J sirip | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Parameter tak bermatra bagi pemindahan haba sirip yang dikorelasikan sebagai (rujuk m/s 47) dengan Pr = nombor Prandtl, m = kelikatan, G = halaju jisim, CP = kapasiti haba pada tekanan malar, h0 = pekali pemindahan haba, mw = kelikatan pada keadaan dinding. |
snorkeling | selam permukaan | Perikanan | Tiada | Aktiviti menyelam di permukaan air dengan menggunakan peralatan snorkel, iaitu topeng selam, tiub snorkel dan sirip selam. Penyelam menggunakan tiub snorkel untuk bernafas di dalam air, sirip selam untuk memudahkan pergerakan di dalam air dan topeng selam untuk melihat persekitaran di bawah permukaan laut. |
finlet | sirip kecil | Perikanan | Tiada | Tiada |
fins | sirip | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Unjuran logam nipis yang mengeluarkan haba daripada cecair panas bagi mempercepat penyejukan enjin. |