Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sa] | سيسا

Definisi : apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll), baki (wang dll), lebihnya, reja: ~ makanan; ~ wang; ~ nabi a) lebih makanan nabi; b) ikan sebelah; ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dapat mengeluarkan pancaran radioaktif; ~ remeh sisa yg tidak berharga langsung; kulai-balai bagai petai ~ pengait prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya; bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya), ber­baki, berlebih: gaji suaminya tiap-tiap bulan tiada ~ sedikit juga; menyisakan menjadikan bersisa, membiar­kan berlebih sedikit, meninggalkan sedikit: isteri hulubalang yg mengidam nangka itu telah ~ nangka baginda; tersisa (dapat, sudah) disisakan sedikit: tidak ~ waktunya utk membuka buku sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sa] | سيسا

Definisi : apa-apa yg tertinggal selepas di­makan, dipakai dll; baki drpd sesuatu; lebihnya. ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dpt mengeluarkan pan­caran radioaktif. bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya); berbaki: Tiap-tiap bulan, gaji suaminya tidak ~ sesen pun. menyisakan menjadikan ada sisanya; membiarkan berlebih atau berbaki sedikit: Siapa yg ~ makananku ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisa (kata nama)
Bersinonim dengan yang tertinggal, tinggalan, baki, saki-baki, lebihnya, reja, renceh, hampas, koret, abu, keranyah, puting, puntung, pemungkur, kerepeh, limah, kari;,
Kata Terbitan : bersisa, menyisakan,

Peribahasa

Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poultry by-product mealtepung hasil sampingan poltriPerikananAkuakulturBahan mentah yang diperbuat daripada hasil sampingan kilang memproses ayam. Bahan ini terdiri daripada perut, kepala, kaki dan sisa-sisa sampingan lain, termasuklah ayam yang sudah luput di pasar raya. Bahan buangan akan dimasak, dikisar dan dikeringkan untuk dijadikan sebagai bahan mentah. Kandungan protein bahan ini ialah sebanyak 50% – 55% dan boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk semua jenis ternakan dengan kadar tertentu.
biowastebiosisaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSisa yang terdiri daripada bahan organik yang boleh terurai dalam keadaan aerob dan anaerob. Contohnya, habuk kayu, sisa tumbuh-tumbuhan dan sisa makanan.
waste managementpengurusan sisaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauAktiviti dan tindakan untuk mengendalikan sisa dari peringkat mula dihasilkan sehingga pelupusan. Pengurusan sisa termasuklah pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, perawatan dan pelupusan serta pemantauan dan pengawalan terhadap proses yang terlibat.
waste minimizationpeminimuman sisaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses yang merangkumi kaedah dan amalan untuk mengurangkan jumlah sisa yang terhasil. Contohnya, amalan mengurangkan sisa, guna semula dan kitar semula.
life cycle inventoryinventori kitar hayatTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSenarai keseluruhan penggunaan jisim dan tenaga, bahan mentah, pelepasan gas dan air sisa serta jumlah sisa pepejal dari awal hingga akhir.
scrap conveyorpenghantar sisaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengangkut yang menghantar sisa logam ke tempat longgokan logam.
municipal solid wastesisa pepejal perbandaranTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan sisa yang dibuang dari kawasan perumahan, perdagangan dan perindustrian yang dikendalikan oleh pihak berkuasa.
waste reductionpengurangan sisaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses untuk mengelakkan atau mengehadkan penjanaan sisa pada sumber dengan cara mereka bentuk semula sistem pola pengeluaran dan penggunaan.
agro-wastesisa agroTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSebarang lebihan atau bahagian yang tidak dikehendaki dan perlu dibuang daripada operasi pertanian dan penternakan. Contohnya, sisa dari ladang pertanian dan penternakan serta pusat penyembelihan.
waste water treatmentolahan air sisaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauGabungan operasi dan proses yang direka bentuk untuk mengurangkan kandungan bahan cemar dalam air sisa kepada tahap yang boleh diterima. Parameter standard seperti oksigen terlarut, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, pH dan jumlah pepejal terlarut digunakan untuk mengukur prestasi olahan.
1234567

Kembali ke atas