Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si/] | سيسيق

Definisi : 1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll): memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia; kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru prb kalau kurang hati­hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya; minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat; bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : ; ~ keli = ~ naga bukit = ~ tenggiling sj tumbuhan (pokok kecil), Polychroa repens; ~ naga = ~ tenggiling sj tumbuhan (herba), Desmodium triflorum; ~ penyu = ~ puyuh sj tumbuhan (pokok), Caralia suffruticosa; rumput ~ naga sj tumbuhan (herba), Desmo­dium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : lapisan kulit yg berkeping-keping spt yg terdapat pd ikan dll. menyisik 1 membuang sisik ikan. 2 meraut buluh dll supaya licin. 3 melihat tuah ayam pd sisik kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisik

Puisi
 

Orang menyabung di balik buluh,
     Ayam jalak sisik berduri;
Intan di gedung emas sepuluh,
     Jatuh terpijak habis sekali.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Minta sisik pada limbat.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interludeselinganKesusasteraanPuisiSesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri.
sick fishikan sakitPerikananAkuakulturIkan yang menunjukkan simptom seperti mata membonjol, sisik tanggal, sisik menegak, sirip dan ekor mereput, badan berubah warna, luka, timbul ulser, lesi dan berkeadaan lemah.
scale drop diseasepenyakit sisik tanggalPerikananAkuakulturPenyakit pada ikan air payau dan air laut yang disebabkan oleh bakteria atau virus yang mengakibatkan sisik ikan tertanggal.
cormumbisiHerbaTiadaBatang pendek yang membengkak dan tumbuh menegak di dalam tanah. Umbisi dilapisi oleh daun nipis bak sisik yang kering dan berfungsi sebagai penyimpanan makanan. Umbisi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, keladi, keladi tikus dan keledek.
clinical signstanda-tanda klinikalPerikananAkuakulturCiri-ciri abnormal yang boleh diperhatikan secara luaran dan dalaman ikan, seperti luka, perdarahan, mata membonjol, sisik tanggal, ginjal membengkak, dan hati pucat.
dropsydropsiPerikananAkuakulturBendalir yang terkumpul dalam sel tisu atau rongga badan ikan. Bendalir ini wujud hasil daripada ketidakseimbangan homeostasis ikan yang boleh menyebabkan sisik ikan menegak. Dropsi juga merupakan gejala kemerosotan kesihatan ikan.
fingerlinganak ikanPerikananAkuakulturPeringkat hidup ikan yang telah berlaku metamorfosis daripada peringkat larva dan mempunyai morfologi yang lengkap. Pada peringkat ini, sirip dan sisik mula terbentuk.
bone bedlapisan tulangGeografiTiadaStratum endapan, biasanya lapisan tipis batu pasir, batu kapur, atau gravel, yang mengandung banyak serpihan tulang atau tulang fosil, dan sering kali juga mengandung tinggalan bahan organik yang lain, seperti sisik, gigi, dan koprolit.
bone bedlapisan tulangGeologiTiadaStratum endapan, biasanya lapisan tipis batu pasir, batu kapur, atau gravel, yang mengandung banyak serpihan tulang atau tulang fosil, dan sering kali juga mengandung tinggalan bahan organik yang lain, seperti sisik, gigi, dan koprolit.

Kembali ke atas