Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan bebe­rapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya di­jadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; mensistemkan menjadikan bersistem; pensisteman proses menjadikan bersistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yg teratur utk melakukan sesuatu; pendapat yg teratur dan tersusun baik-baik yg dijadikan pe­gangan: ~ pendidikan; ~ pemerintahan demokrasi. 2 kumpulan beberapa ba­hagian atau alat yg sama-sama bekerja utk tujuan yg satu: ~ urat saraf. ~ saraf pusat kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. ~ interaktif ist sistem yg membolehkan pengguna berhubung terus dgn atur cara komputer yg sedang dijalankan, iaitu yg melibatkan komunikasi dua hala. ~ pengendalian cakera ist perisian utama yg mengawal pengendalian sistem yg dimuatkan ke dlm cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dual-brake sistemsistem brek duaanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem brek yang mengandungi dua sistem hidraulik berasingan � satu sistem digunakan untuk membrek roda depan dan satu lagi untuk membrek roda belakang.
quantum mechanicsmekanik kuantumKejuruteraanTiada2. Teori fizikal matematik yang berkembang daripada teori kuantum Planck dan memperkatakan tentang mekanik sistem atom dan sistem-sistem yang berkaitan dalam kuantiti yang dapat diukur.
mixed economyekonomi campuranEkonomiTiadaSistem ekonomi yang sebahagian peruntukan sumbernya dikawal oleh sektor swasta, dan sebahagian lagi oleh sektor awam. Ini bererti sistem ini menggabungkan unsur-unsur sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosiolis. Sinonim sistem campuran, sistem ekonomi campuran.
Hare and List SystemSistem Hare dan ListSains PolitikPolitik PerbandinganDua jenis sistem yang diamalkan dalam sistem pengundian berkadar. Dalam Sistem Hare pengundi diberi senarai calon yang bertanding dan dikehendaki menandakan beberapa calon yang dipilih menurut susunan kesukaannya. Sistem ini telah menetapkan satu kuota jumlah undi yang diperlukan dan calon pilihan pertama pengundi yang telah memenuhi kuota ini akan terpilih. Walau bagaimanapun, undi lebihan yang diperolehnya tidak terbuang, sebaliknya boleh dipindahkan kepada calon lain dalam parti yang sama, yang tersenarai sebagai pilihan kedua oleh pengundi tersebut. Manakala dalam Sistem List pula pengundi diminta menyenaraikan calon mengikut susunan parti pilihannya. Sistem ini mementingkan identifikasi parti lebih daripada calon. Parti yang mendapat paling banyak pilihan dianggap menang dan parti tersebut akan mengagihkan kerusi yang dimenangi kepada calon mereka berdasarkan senarai yang disediakan. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Ireland, Australia dan Afrika Selatan.
air-aspirator sistemsistem penyedutan udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem pancitan udara yang menggunakan denyut daripada sistem ekzos untuk membuka dan menutup injap.
closed crankcase ventilation sistemsistem alih udara kotak engkol tertutupKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang terdapat di dalam enjin, untuk membolehkan wap dan gas di dalam kotak engkol digunakan semula untuk sistem pembakaran.
patient administration system (PAS)sistem pentadbiran pesakit (PAS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang menyediakan capaian pada maklumat lengkap pesakit mengenai aktiviti sistem kesihatan. Sistem ini membolehkan pengurusan pesakit dijalankan secara efisien, responsif, fleksibel dan mesra pengguna. Komponen penting dalam sistem ini meliputi aplikasi pendaftaran pesakit, pengurusan sumber dan hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran rawatan.
brake sistemsistem brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang terdiri daripada silinder induk, salur brek, silinder roda dan kasut brek yang digunakan untuk memberhentikan kenderaan.
cooling sistemsistem penyejukanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem untuk menyejukkan enjin melalui penyerapan haba yang berlebihan dalam enjin.
antilock brake sistemsistem brek antikunciKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang dipasang pada brek kenderaan, untuk menghalang roda kenderaan terkunci semasa membrek.
12345678910...

Kembali ke atas