Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.te.ma.tis] | سيستماتيس

Definisi : IB menurut sistem, berasaskan sesuatu sistem, sistematik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sistematis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poeticspuitikaKesusasteraanTiadaTeori penggubahan dan kritikan puisi. Dalam karya Poetics oleh Aristotle mengemukakan prinsip dan peraturan dalam penulisan dan kajian puisi. Walaupun puitika biasanya dikaitkan dengan puisi, namun Aristotle juga mengaitkannya dengan drama dan epik. Pada zaman moden, maksud puitika diperluaskan kepada teori umum tentang kesusasteraan. Formalis Rusia dan ahli linguistik dari Prague School mencadangkan puitika sebagai sains kesusasteraan yang menumpukan perhatian kepada sifat umum kesusasteraan itu. Ahli formalisme, iaitu Shklovsky dan Propp mempelopori analisis sistematis tentang struktur naratif dan mempengaruhi perkembangan puitika novel atau puitika fiksyen. Pada tahun 1950-1960, para pengkritik seperti Barthes dan todorov memperkemaskan puitika fiksyen dengna mengasimilasikan idea formalis Rusia dengan pendekatan strukturalisme. Mereka menghasilkan satu puitika yang dapat mengenal pasti ciri dasar dan konvensi semua teks dan bukan hanya teks individu.
binary oppositiontentangan binariKesusasteraanTiadaKonsep yang berlawanan antara dua sifat, idea atau benda. Contohnya, tinggi-rendah, kebenaran-kepalsuan, hitam-putih, dan lelaki-perempuan. Konsep ini menjadi tulang belakang strukturalisme selepas diperkenalkan oleh Levi-Strauss dalam kajiannya tentang mitos. Linguistik dan strukturalisme menggunakan konsep binara ini bukan sahaja dari segi perkataan dan konsep tetapi juga dari segi kelaziman atau kod teks. Untuk dekonstruksi dan pascastrukturalisme, konsep binari ini ditolak kerana konsep ini melambangkan pemusatan atau suatu sistem yang tetap. Perlambangan ini dianggap stabil dan sistematis oleh strukturalis tetapi dianggap sebaliknya oleh pascastrukturalisme. Dekonstruksi sentiasa mencari-cari kelemahan struktur binari ini melalui proses aporia dan ketidakpastian.

Kembali ke atas