narration | pengisahan | Kesusasteraan | Puisi | Penceritaan sesuatu, yang berkaitan dengan tokoh legenda dan mitos. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Syair Dandan Setia. |
climax | puncak | Kesusasteraan | Puisi | Unsur ketegangan atau kerumitan yang terdapat pada puisi� puisi yang mencitrakan sesuatu kisah. Contohnya, "Syair Siti Zubaidah" dan "Balada Hang Tuah" karya Amir Hamzah. Sinonim klimaks . |
chronicle | babad | Kesusasteraan | Puisi | Puisi tradisional yang mengandungi rangkaian tema, persoalan serta peristiwa sejarah tanah air dan pahlawan yang terlibat dalam peperangan. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Tambo Minangkabau. Sinonim tambo. |
anastrophe | anastrofa | Kesusasteraan | Puisi | Pembalikan susunan bahagian-bahagian kalimat atau perkataan daripada kedudukannya yang biasa. Contohnya, baris 'Telah kususun letakmu' petikan dan puisi "Usia" karya Siti Zainon Ismail. |
inversion | kebalikan | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembentukan dan susunan subjek dan predikat sesebuah kalimat. Dalam kes kebalikan, penyair mendahulukan bahagian predikat, misalnya 'Telah tumpah' kemudian baharu diikuti dengan subjek, 'Gerimis' petikan dari 'Telah tumpah gerimis' dari puisi "Bunga Gerimis" karya Siti Zainon Ismail. |
classical | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Karya puisi milik sesuatu bangsa yang telah dicetak atau masih dalam bentuk tulisan tangan dan mempunyai nilai sastera yang tinggi. Karya ini dijadikan ukuran untuk menentukan keberhasilan sesebuah karya sezaman atau kemudian daripadanya. Dalam konteks puisi Melayu tradisional, Syair Siti Zubaidah, Syair Perahu dan Syair Perang Makarnr adalah antara syair-syair Melayu yang dianggap klasik. |
metrical romance | roman matris | Kesusasteraan | Tiada | Naratif tentang pengembaraan dan percintaan golongan bangsawan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Roman matris biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis. Roman ini biasanya memaparkan latar kembara yang jauh dan eksotik, dengan gambaran peristiwa yang membangkitkan rasa sentimental dan romantis. Dalam budaya Melayu, roman matris banyak ditemui dalam syair. Contohnya ialah Syair Siti Zubaidah, Perang Cina dan Syair Bidasari. Roman matris dikenali juga sebagai puisi naratif. |
narrative poetry | puisi naratif | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang mengandungi cerita atau sebuah cerita yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi naratif biasanya ditulis secara panjang dan berangkap. Setiap rangkap saling berkaitan sebagai sebuah cerita. Berbanding dengan bentuk prosa, pemaparan cerita dalam puisi naratif mengandungi nilai keindahannya yang tersendiri, khususnya apabila dibacakan secara lisan. Antara bentuk puisi naratif yang biasa ialah epik dan balada. Dalam kesusasteran Melayu tradisional, puisi naratif banyak terdapat dalam bentuk syair, antaranya Syair Siti Zubaidah, Syair Perang Mengkasar, atau Syair Yatim Nestapa. Dalam sastera Arab, puisi naratif ditemui dalam puisi-prosa Sirah �Antarah dan al-Zir Salim. Dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada karya Shah-nama oleh Daqiqi dan Zafar-nama oleh Hamdu�Llah Mustawfi. |
syair | syair | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi karangan bersajak yang terdiri daripada empat baris satu rangkap, dan empat perkataan sebaris dengan jumlah suku kata 7-12 sebaris. Syair memperlihatkan pola rima ?, ?, ?, ? untuk setiap rangkap dan setiap barisnya membawa makna kepada setiap rangkap. Syair mempunyai kaitan dengan puisi Arab shi�r atau saj�, tetapi bentuknya tidak menampakkan persamaan dengan bentuk puisi tersebut atau bentuk puisi Arab yang awal. Syair secara formalnya diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri pada kurun ke-17 melalui karyanya Rubai Hamzah Fansuri. Semenjak itu, syair menjadi genre puisi yang amat popular dalam kalangan pengarang Melayu tradisional. Syair diperkenalkan selepas kedatangan Islam, oleh itu syair merupakan puisi yang disampaikan dalam bentuk bertulis. Syair mempunyai persamaan dengan pantun iaitu terdiri daripada empat baris satu rangkap, tetapi berbeza dari segi skema rimanya. Skema syair ialah ?, ?, ?, ? manakala skema pantun ialah ?,b, ?,b. Syair mempunyai rangkap yang bukan merupakan unit-unit makna yang bebas. Makna syair dimunculkan melalui perkembangannya dalam rangkap yang berurutan. Tema syair biasanya berplot, contohnya, contohnya, syair naratif yang berbentuk roman seperti Syair Agong. Syair boleh pendek dan terdiri daripada beberapa rangkap, iaitu syair nasihat atau syair agama. Syair boleh menjadi panjang sehingga beratus-ratus bait terutamanya syair naratif. Syair juga boleh dilagukan untuk diperdengarkan, justeru baris-baris syair dikawal oleh lagu, sehinggakan terdapat perkataan yang tidak membawa makna tetapi dimasukkan untuk memenuhi keperluan lagu tersebut. Syair mencakupi tema yang tidak terbatas, daripada yang bersifat fiksyen kepada sejarah, daripada syair roman kepada nasihat, agama dan falsafah, dari yang berfungsi sebagai hiburan kepada yang serius, didaktik, dan berunsur dakwah. Contoh syair yang popular ialah Syair Siti Zubaidah dan Selendang Delima. Contoh satu rangkap syair adalah seperti yang berikut: Wahai anakanda hendaklah ingat, Hidup di dunia amatlah singkat, Banyakkan amal serta ibadat, Supaya selamat dunia akhirat. Syair berasal daripada bahasa Arab shi�r yang bermaksud �puisi�. Lihat juga pengisi matris, shi`r. |