Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.tu] | سيتو

Definisi : (kata yg menunjukkan) tempat yg tidak jauh dr orang yg berbicara: kedai-kedai Cina yg ada dekat-dekat ~ telah menurunkan har­ga barang-barang jualan mereka; di situ 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; ke situ ke tempat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : (Sunda) ark danau, tasik, telaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : kata utk menunjukkan tempat yg tidak berapa jauh dr orang yg bercakap. di ~ di tempat itu: Tadi dia ada di ~. ke ~ ke tempat itu: Mari kita pergi ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata situ

Puisi
 

Di mana deru di situ ribut,
     Ribut diiring angin utara;
Garam saya air di laut,
     Tak masin banyak sikit pun ada.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Tidak berasak tunas dari tunggul.

Bermaksud :

Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in situ hybridizationpenghibridan in situBioinformatikBioinformatik MolekulPenyetempatan jujukan DNA atau RNA ke dalam tisu dengan menggunakan pelengkap yang terdiri daripada DNA, RNA atau rantaian asid nukleik terubah suai yang telah dilabelkan.
development valuenilai pembangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKenaikan nilai harta tanah disebabkan oleh pembangunan yang dilakukan di situ.
telepresencetelehadirTeknologi Maklumate-PembelajaranPenggunaan teknologi realiti maya yang membolehkan seseorang merasai keberadaannya di suatu lokasi yang jauh walaupun sebenarnya dia tidak berada di situ. Teknologi ini juga dapat mengawal sesuatu mesin atau robot secara jarak jauh.
immunoassayimunoasaiPerikananAkuakulturUjian biokimia untuk mengesan kehadiran dan mengukur kepekatan antigen atau antibodi tertentu dalam darah atau tisu ikan. Contoh imunoasai ialah asai imunoserap terangkai enzim (ELISA) dan penghibridan in situ (ISH).
electuarymakjunHerbaTiadaSediaan herba dos oral separa pepejal. Ramuan makjun dibuat daripada serbuk herba, gula, madu atau sirap dan kadangkala diuli dalam bentuk sfera. Makjun biasanya disediakan oleh pengamal perubatan tradisional in situ. Contohnya, makjun tongkat ali.

Kembali ke atas