Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.al] | سوءال

Definisi : 1. soalan: ~ semacam itu tidak perlu dijawab; 2. hal atau perkara (yg sulit atau rumit), masalah: ~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya; ~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dlm perbualan kami; ~ pokok hal (perkara) yg penting atau utama; ~ selidik sejumlah soalan yg dikemukakan secara berterusan dlm borang tertentu utk dijawab oleh sebilangan orang dlm usaha mencari dan mengumpulkan maklumat ter­tentu; bersoal mengemukakan soal, bertanya; menyoal mengemukakan pertanyaan, mem­beri soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila di­dapatinya soalan tadi tidak mendapat jawab­an; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya; menyoalkan menanyakan sesuatu kpd; mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; soalan sesuatu yg ditanyakan (dlm pepe­riksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pe­muda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masa­lah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, per­bahasan, perbincangan; penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan: cerpen ini berakhir dgn ~ terhadap dirinya; penyoal orang yg menyoal atau menge­mukakan soalan: soalan yg dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.al] | سوءال

Definisi : 1 = soalan 1 apa-apa yg ditanyakan dlm peperiksaan dll; apa-apa yg me­merlukan jawapan; pertanyaan: Segala ~ ttg urusan bank akan dijawab oleh Encik Sanusi. 2 sesuatu perkara yg sulit atau rumit yg perlu diselesaikan; masalah: ~ wang, engkau jangan khuatir. bersoal memberikan soal; bertanya: ~ jawab saling memberikan soalan dan jawapan. menyoal mengemukakan soal (yg sulit-sulit); menanyakan sesuatu (dlm peperiksaan dll): Pihak polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki merompak. mempersoalkan menjadikan sesuatu sbg soal atau sbg masalah: Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini. persoalan sesuatu yg dipersoalkan; masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,

Puisi
 

Cik Salleh membeli pari,
     Campur seekor ikan tenggiri;
Toleh kanan kiri berdiri,
     Soal kubur datang mencari.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
questionaire methodkaedah soal selidikPenilaian Harta TanahTiadaTiada
primary datadata utamaEkonomiTiadaData yang diperoleh melalui banci atau soal selidik.
didacticismdidaktisismeKesusasteraanTiadaUnsur pengajaran dalam karya sastera yang memberi panduan dari aspek moral, etika atau soal keagamaan.
delphi methodkaedah delphiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKaedah membuat ramalan berdasarkan pertimbangan gerak hati dengan hanya menggunakan soal selidik secara urutan.
suzerain statenegara dipertuanSains PolitikPolitik PerbandinganPenguasaan sebuah negara terhadap negara lain tetapi memberi kebebasan kepada negara tersebut menguruskan soal dalamannya sahaja. Urusan hal ehwal luar, diplomatik dan ekonomi antarabangsa semuanya dikuasai oleh negara penguasa ini. Keadaan yang bersifat naungan ini melambangkan kedudukan yang lebih superior negara penguasa dan kedudukan yang rendah dan lemah negara yang dikuasai.
opinion polltinjauan pendapatSains PolitikPolitik PerbandinganKajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden.
opinion surveytinjauan pendapatSains PolitikPolitik PerbandinganKajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden.
home assessment toolsalat penilaian di rumahKesihatan AwamTiadaInstrumen atau set ukuran yang direka untuk menilai keadaan pesakit di rumah atau meramalkan risiko atau prognosis sesuatu penyakit. contohnya soal selidik, senarai semak dan skala.
majoritarian systemsistem majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk sistem yang mempunyai kaitan dengan sokongan atau pemilihan terbanyak. Sistem ini dapat dilihat semasa proses pilihan raya dan juga dalam soal pemilihan ketua atau pemimpin. Dalam sesebuah negara, parti yang menang besar dalam pilihan raya akan membentuk kerajaan dan seterusnya menjalankan dasar pemerintahan. Pemimpin parti tersebut akan dipilih sebagai ketua kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Contohnya, pemimpin parti yang mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen akan menjawat jawatan Perdana Menteri.
gynocriticismginokritisismeKesusasteraanTiadaAnalisis penulisan wanita oleh pengkritik wanita. Ginokritisisme mengkaji semula penulisan pengarang wanita yang pencapaiannya sudah dilupai, dan meneroka isu yang lebih luas seperti keupayaan bertindak bagi penulis wanita melalui perundangan dan soal memperkasakan bahasa wanita. Ginokritisisme diperkenalkan oleh Elaine Showalter pada tahun 1979. Karya Elaine yang memperkatakan wanita ialah The Female Malady, Inventing Herself dan Sexual Anarchy. Penulisan Virginia Woolf juga mempunyai pengaruh penting bagi kritikan feminis ini, terutamanya melalui karyanya bertajuk Mrs. Dalloway dan A Room of One�s Own. Lihat juga genderlect.
12

Kembali ke atas