Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sia.lis.me] | سوسياليسمى

Definisi : teori atau sistem organisasi sosial yg menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan spt pengeluaran, tanah, modal, dsb dijadikan milik negara utk dinikmati oleh setiap rakyat dgn sama rata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sia.lis.me] | سوسياليسمى

Definisi : ajaran atau fahaman yg menyarankan supaya semua hasil bumi (industri dll) diurus oleh pemerintah dan kekayaan diagih-agihkan kpd rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosialisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
state socialismsosialisme negaraSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu sistem ekonomi yang memiliki ciri-ciri sosialis yang terhad, diperkenalkan di sesuatu kawasan, bahagian atau sektor tertentu oleh pemerintah. Dalam sistem ini, pemerintah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi, namun pada masa yang sama turut memberi kelonggaran kepada organisasi persendirian untuk melakukan kegiatan perniagaan. Sistem sosialisme ini dikawal selia oleh pemerintah dari dekat. Pada awal abad ke-20, kebanyakan negara di Amerika Latin mengamalkan sistem sosialisme negara. Contohnya, Mexico memperkenalkan gerakan reformasi agrarian khususnya di bahagian selatan negara tersebut.
revisionistrevisionisSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan yang mentafsir semula sesuatu ideologi yang biasanya dikaitkan dengan ideologi komunisme atau sosialisme. Salah satu golongan yang utama ialah gerakan sosialisme Marxian yang menilai semula pemikiran Marxis berhubung dengan revolusi proletar. Gerakan ini mula mencadangkan perubahan masyarakat secara evolusi dan bukannya secara revolusi setelah melihat revolusi industri England gagal membawa sebarang revolusi proletar seperti yang dianjur oleh Marx. Golongan ini mula memikirkan kembali kekuatan teori tersebut dan mencadangkan pindaan seperti konsep polisentrisme yang dianjurkan oleh Togliatti dan Bernstein. Mereka mahukan suatu gagasan yang lebih realistik kesan daripada perubahan keadaan terutamanya sifat bekerja, sikap pemodal dan kedudukan buruh yang lebih baik.
guild socialismsosialisme perikatanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat faham sosialis perikatan.
utopian socialismsosialisme utopiaSains PolitikPolitik PerbandinganLihat faham sosialis utopia.
social democracydemokrasi sosialSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme. Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh secara perlahan-Iahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka perlu dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudiannya berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk membantu kelas bawahan. Contohnya, Great Britain di bawah pentadbiran Tony Blair.
utopianismutopianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mendukung pembinaan suatu masyarakat yang ideal tetapi mustahil untuk dicapai dalam kehidupan realiti. Fahaman ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Ciri-ciri utama masyarakat dalam fahaman ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak yang saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan bersama. Pemikiran sosialisme utopia dibentuk berasaskan idea ini. Thomas Moore merupakan salah seorang pengamal idea ini. Sinonim faham utopia.
socialistsosialisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang mendukung fahaman sosialis. Pendukung sosialis cenderung kepada konsep pemilikan awam seperti pendidikan, pengangkutan, hospital atau kesihatan dan pembekalan tenaga yang dimiliki oleh kerajaan. Mereka juga tidak membenarkan institusi-institusi penting ini dikuasai oleh pihak peniaga persendirian yang lebih mementingkan keuntungan. Pendukung ini menentang keras sistem kapitalis yang menindas kelas bawahan. Terdapat beberapa variasi sosialisme seperti leninisme, stalinisme dan marhaenisme. Contoh tokoh sosialis tanah air sebelum merdeka ialah Ahmad Boestamam.
utopianutopiaSains PolitikPolitik PerbandinganSatu keadaan yang mustahil untuk dicapai terutamanya mengenai suatu bentuk masyarakat yang ideal. Keadaan ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Walau bagaimanapun masyarakat yang ideal ini sukar dibentuk dalam realiti. Ciri-ciri utama masyarakat ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan secara bersama. Pemikiran sosialisme utopia ini dibentuk berasaskan idea ini. Seorang pendukung idea ini ialah Thomas Moore.
utopian socialismfaham sosialis utopiaSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman berasaskan kepada konsep masyarakat yang memiliki alat pengeluaran. Keadaan ini boleh dicapai apabila masyarakat menyerahkan harta dengan sukarela dan ini bermakna setiap ahli masyarakat dapat memiliki harta. Pemikiran ini mengutamakan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. Fahaman ini dinamakan utopia kerana hanya berada di peringkat pemikiran semata-mata. Contoh sarjana yang mengamalkan fahaman ini ialah Saint Simon, Charles Fourier dan Robert Owen. Sinonim sosialisme utopia.
political ideologyideologi politikSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman atau pegangan sesuatu kelompok berasaskan satu sistem pemikiran yang tersusun bagi membina kehidupan yang sejahtera. Fahaman ini mempunyai satu matlamat yang unggul dan kaedah yang terperinci untuk mencapai matlamat tersebut. Ideologi ini mempengaruhi budaya, sistem politik, ekonomi dan pendidikan masyarakat serta turut melahirkan berbagai-bagai program dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Konsep ideologi berasal daripada dua gabungan istilah iaitu idea dan logik atau idea yang logik. Contohnya, demokrasi, sosialisme, komunisme, fasisme dan konservatisme. Sinonim ideologi.
12

Kembali ke atas