Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spék.tro.sko.pi] | سڤيکتروسکوڤي

Definisi : (spéktroskopi) kajian tentang spektrum, terutamanya aspek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum; ~ inframerah kaedah analisis yg mengukur julat panjang gelombang inframerah yg diserap oleh sesuatu bahan sampel utk membolehkan atom atau kumpulan atom dlm molekul sampel dikenal pasti; ~ jisim kaedah analisis utk menentukan jisim atom atau molekul dgn menggunakan spektroskop. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spék.tro.sko.pi] | سڤيکتروسکوڤي

Definisi : /spéktroskopi/ ist kaji­an ttg spektrum, terutamanya as­pek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spektroskopi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Raman spectroscopyspektroskopi RamanNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah spektroskopi getaran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang getaran molekul dan struktur bahan hablur. Contoh spektroskopi Raman mineral.
Fourier transfourmation infrared spectroscopyspektroskopi inframerah transformasi FourierKimiaKimia AnalisisTeknik spektroskopi inframerah yang bergantung kepada pengukuran yang menggunakan suatu interferometer yang kesemua unsur dikaji secara serentak dengan menyinarkan sampel dengan suatu denyut tenaga dalam julat inframerah. Tenaga yang terhasil adalah dalam bentuk frekuensi komposit yang dapat ditukarkan kepada frekuensi-frekuensi asal menggunakan kaedah transformasi Fourier, dengan menggunakan komputer yang akan memberikan spektrum dalam bentuk biasa. Kaedah ini lebih pantas dan memberi resolusi yang baik dengan nisbah isyarat ke-bisingan yang lebih tinggi. bd. spektroskopi inframerah.
photoelectron spectroscopyspektroskopi fotoelektronKimiaKimia AnalisisKaedah spektroskopi elektron yang melibatkan analisis tenaga fotoelektron yang dikeluarkan daripada bahan hasil daripada pembedilan oleh sinaran ultralembayung atau sinar-x.
infrared spectroscopyspektroskopi infamerahKimiaKimia AnalisisKaedah spektroskopi yang berdasarkan pengesanan penyerapan sinaran inframerah oleh molekul yang mengalami peralihan getaran dan putaran. Ia memberi maklumat mengenai kumpulan-kumpulan berfungsi seperti karbonil dengan ikatan ganda dua. Kaedah ini juga sangat berguna bagi mengenal pasti struktur dan simetri molekul.
fluorescence spectroscopyspektroskopi pendarfluorNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah spektroskopi pancaran cahaya yang digunakan untuk menganalisis sifat pendarfluor sampel dengan menentukan kepekatan analit dalam sampel.
Bremsstrahlung isochromat spectroscopy (BIS)spektroskopi isokromat Bremsstrahlung (BIS)FizikNanoteknologiSpektroskopi yang menggunakan sinaran Bremsstrahlung pada jarak gelombang yang tertentu untuk mengukur tenaga pengionan atom atau ion molekul yang dikelilingi persekitaran kekisi. Sinaran Bremsstrahlung dipancarkan apabila elektron dipecut dan berlanggar dengan nukleus.
nuclear magnetic resonance spectroscopyspektroskopi resonans magnet nukleusHerbaTiadaKaedah analisis spektroskopi yang berdasarkan penyerapan tenaga sinaran frekuensi radio oleh nukleus (1H, 13C, 19F) dalam medan magnet. Kaedah ini biasanya digunakan untuk elusidasi struktur komponen kimia tulen yang dipencilkan daripada bahan herba. Spektrum resonans magnet nukleus suatu bahan herba juga digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik.
Fourier transform infrared spectroscopy (FTIR)spektroskopi transformasian Fourier inframerah (FTIR)FizikNanoteknologiTeknik spektroskopi yang mendedahkan sampel kepada sinaran inframerah sehingga menghasilkan suatu interferogram serapan sinaran oleh komponen tertentu dalam bahan tersebut. Interferogram yang merupakan suatu fungsi keamatan sinaran lawan masa biasanya akan didigitkan dan seterusnya diubah kepada spektrum serapan, keamatan lawan frekuensi menggunakan tranformasian Fourier. FTIR mempunyai kebaikan daripada segi kelajuan, resolusi dan kepekaan.
wavelength dispersive spectroscopy (WDS)spektroskopi sebaran panjang gelombang (WDS)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanLihat spektroskopi sebaran panjang gelombang sinar-X (WDXS).
Fourier transform infrared spectroscopy (FTIR)spektroskopi transformasian Fourier inframerah (FTIR)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah spektroskopi yang mendedahkan sampel kepada sinaran inframerah sehingga menghasilkan suatu interferogram serapan sinaran oleh komponen (kumpulan berfungsi) tertentu dalam sampel. Interferogram merupakan fungsi keamatan sinaran lawan masa akan didigitkan dan seterusnya diterjemahkan kepada spektrum serapan, keamatan lawan frekuensi menggunakan tranformasian Fourier. FTIR mempunyai kelebihan daripada segi kelajuan, resolusi dan kepekaan.
123456

Kembali ke atas