Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.si.fi.ka.si] | سڤيسيفيکاسي

Definisi : (spésifikasi) butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) utk sesuatu, perincian (tentang sesuatu): juga terdapat keadaan apabila pelanggan-pelanggan memohon warna model dan ~ yg sukar dibekalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.si.fi.ka.si] | سڤيسيفيکاسي

Definisi : /spésifikasi/ butiran terpe­­r­inci yg ditentukan atau dinyatakan utk sesuatu; perincian ttg sesuatu: Semua sambungan tambahan mestilah dibuat dgn betul mengikut peraturan dan ~ yg ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spesifikasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal preparation specificationspesifikasi sediaan herbaHerbaTiadaPerincian kualiti bagi sediaan herba yang digunakan dalam penghasilan produk akhir herba. Biasanya spesifikasi ini mengandungi tatacara dan ujian had yang bersesuaian seperti dinyatakan dalam spesifikasi bahan mentah herba atau produk akhir herba.
herbal specificationspesifikasi herbaHerbaTiadaSuatu senarai ujian, rujukan kepada prosedur analisis dan kriteria bersesuaian yang menyatakan nilai had atau julat angka atau kriteria ujian lain yang diterima pakai. Spesifikasi ini menetapkan satu set kriteria bagi bahan mentah dan sediaan herba yang harus dipatuhi untuk diterima pakai bagi kegunaan seperti yang dinyatakan. Spesifikasi bagi kualiti piawai bahan mentah dan sediaan herba ditetapkan oleh agensi kawalan kerajaan dan mesti dipatuhi oleh pemohon.
finished herbal product specificationspesifikasi produk akhir herbaHerbaTiadaPerincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut.
herbal raw material specificationspesifikasi bahan mentah herbaHerbaTiadaPerincian kualiti bagi bahan mentah herba yang digunakan untuk tujuan kawalan kualiti dalam pemprosesan sediaan atau penghasilan produk akhir herba. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi nama botani dan famili tumbuhan, asal usul sumber tumbuhan, bahagian tumbuhan yang digunakan, ciri makroskopi dan mikroskopi, ujian pengecaman, ujian had, ujian ketulenan, nilai ekstraktif, assai dan ujian lain seperti penentuan saiz partikel dan kandungan residu pelarut.
foreign matterbendasingHerbaTiadaSebarang bahan yang hadir dalam bahan herba selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut. Bendasing terdiri daripada bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut, tanah, pasir, batu, habuk, kulat, serangga, haiwan dan feses haiwan. Bendasing ditentukan dengan menabur sejumlah berat bahan herba dalam bentuk asal pada permukaan rata. Bendasing dikesan melalui penglihatan kasar atau bantuan kanta pembesar, diasing dan ditimbang. Nilai peratusan bendasing ditentukan daripada ungkapan 100a/b iaitu a ialah berat bendasing dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran ketulenan dan menandakan kehadiran bahan pencemar atau pemalsu. Kebanyakan piawai mengehadkan kandungan bendasing dalam bahan mentah herba kurang daripada 2%w/w. Namun, bahan mentah herba mesti bebas daripada kulat, serangga atau cemaran haiwan. Pemeriksaan mikroskopi digunakan untuk mengesan kehadiran bendasing dalam serbuk bahan mentah herba.
expiry datetarikh luputHerbaPeraturan dan PemasaranTarikh akhir sesuatu kelompok produk memenuhi spesifikasi piawaian/piawai kualiti yang diperlukan. Tarikh ini hendaklah dicatatkan pada label pembungkusan produk. Produk yang telah melepasi tarikh luput tidak terjamin akan kekal seperti dalam spesifikasi yang ditetapkan dan mungkin tidak selamat untuk digunakan.
specificationsspesifikasiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMaklumat daripada pembuat kenderaan tentang sistem, komponen, prinsip operasi, ruang lega, kaedah penyenggaraan dan servis yang perlu diikuti.
print specificationsspesifikasi cetak-TiadaSenarai butiran penting yang disediakan oleh penerbit untuk buku yang akan dicetak.
goal specificationspesifikasi matlamatPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses yang menjelaskan matlamat sesuatu rancangan dengan terperinci.
performance specificationspesifikasi prestasiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas