winter spore | spora musim sejuk | Biologi | Mikologi | Spora berdinding tebal, khususnya spora yang terbentuk oleh proses seks. Spora ini hanya bercambah selepas tempoh kedormanan yang dilanjutkan. spora rehat bd. spora musim panas. |
bactericidal | bakterisidal | Bioteknologi | Tiada | Perihal bahan kimia atau faktor fizik yang berupaya membunuh sekurang-kurangnya sel vegetatif, dan juga dapat menyahaktifkan spora-spora bakteria secara berbalik. bd. bakteriostasis. |
smut | smut | Biologi | Patologi | Penyakit yang diciri oleh gejala berupa gumpalan berwarna hitam yang berdebu kerana mengandungi banyak spora hitam. Spora tersebut merupakan spora seks kulat smut. |
anisospory | anisospori | Biologi | Mikologi | Pembiakan yang melibatkan pembentukan spora yang mempunyai bentuk, warna dan seks yang berbeza oleh kulat yang sama, misalnya pembiakan pada Bulgariaceae, yang menghasilkan dua jenis spora, iaitu spora berwarna perang yang mempunyai alur percambahan, dan spora berwarna jernih yang lebih kecil saiznya dan tidak mempunyai alur percambahan. |
nurse cell | sel perawat | Biologi | Mikologi | Sel hifa yang membekalkan nutrien kepada spora selepas spora berkenaan terpisah dari basidium. Sel ini dapat ditemukan pada kulat Grasteromycetes. |
summer spore | spora musim panas | Biologi | Mikologi | Spora yang dihasilkan dengan banyaknya pada musim pertumbuhan tumbuhan yang cepat, iaitu pada musim panas. Spora ini dapat bercambah dengan segera selepas pembentukannya. bd. spora musim sejuk. |
spore print | tapak spora | Biologi | Mikologi | Endapan spora yang terbentuk apabila pileus cendawan (basi diomiset) ditangkupkan di atas sekeping kertas selama beberapa jam. Endapan spora ini digunakan untuk menentukan warna spora dalam pengecaman cendawan tersebut. |
megasopore | megaspora | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Spora yang lebih besar daripada spora yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan heterospora, yang menghasilkan gametofit betina. Pada paku-pakis tertentu spora ini terdapat pada protalus dan membawa organ seks betina tetapi pada tumbuh-tumbuhan berbunga, spora ini menjadi kantung embrio. ginospora; makrospora. 2. Spora fosil yang garis pusatnya melebihi 0.2mm. |
chlamydospore | klamidospora | Biologi | Mikologi | Spora berdinding tebal yang tahan terhadap keadaan persekitaran yang tidak sesuai. Spora yang berasal daripada sel spora atau hifa terubahsuai ini dikenal juga sebagai spora rehat. |
resting spore | spora rehat | Biologi | Mikrobiologi | Spora yang berdinding tebal, dorman, dan rintang terhadap keadaan persekitaran yang buruk. Dalam persekitaran yang sesuai spora boleh bercambah semula. |