Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burgherorang kacukan (Ceylon)SejarahTiadaSeseorang yang mempunyai darah campuran Belanda-Sri Lanka.
Colombo PlanRancangan ColomboSains PolitikHubungan AntarabangsaRancangan yang dilancarkan pada tahun 1951. Sekretariatnya terletak di Colombo, Sri Lanka. Rancangan ini diwujudkan dalam usaha kerjasama bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi dan sosial negara Asia Tenggara dan Asia Selatan. Rancangan ini lahir daripada persidangan menteri luar negara maju Kumpulan Tujuh (G7). Bantuan di bawah rancangan ini meliputi bidang pendidikan dan kesihatan, program latihan, pinjaman modal, bekalan makanan dan peralatan serta bantuan teknikal. Perancangan asalnya hanya untuk tempoh enam tahun, iaitu dari tahun 1951 hingga 1957. Kemudian rancangan tersebut disambung untuk beberapa tahun lagi sehingga kini. Antara negara penyumbang utama rancangan ini ialah Australia, New Zealand, Jepun, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada.
continental islandpulau benuaGeografiTiadaPulau yang dahulunya adalah sebahagian daripada benua tetapi telah dipisahkan oleh laut-laut cetek seperti kepulauan British dan Sri Lanka.
continental islandpulau benuaGeologiTiadaPulau yang dahulunya adalah sebahagian daripada benua tetapi telah dipisahkan oleh laut-laut cetek seperti kepulauan British dan Sri Lanka.
Moringa ptergospermakacang kelorHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok kecil dalam famili Moringaceae yang dikenali juga sebagai remunggai. Tumbuhan ini berasal dari India dan Sri Lanka. Tingginya sehingga 10 m dan tumbuh subur di kawasan terdedah. Daunnya jenis tripinat dan mengandungi anak daun bersaiz kecil. Anak daun tersusun bersetentang dan berwarna hijau pucat. Jambak bunganya jenis panikel yang keluar dari celah tangkai daun dan berwarna putih. Buahnya jenis lenggai dan panjang lebih kurang 45 cm dan runcing di hujung. Biji yang masak berwarna perang gelap, mempunyai tiga bucu dan bersayap nipis. Daunnya dibuat sayur oleh ibu selepas bersalin untuk menggalakkan pengeluaran susu. Akarnya dibalut pada perut untuk menegangkan semula kulit perut. Daun yang telah dilumatkan ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu. Daun dan buah dimakan untuk mengubati masalah penghadaman. Akar digunakan untuk merawat sakit kepala. Minyak biji digunakan sebagai sapuan untuk merawat sakit sendi. Daun dan buah muda dibuat sayur. Daunnya kaya dengan vitamin
antogonistantagonisKesusasteraanTiadaWatak yang menentang protagonis dalam cereka atau drama. Antagonis merupakan penentang kepada watak utama sama ada watak baik atau jahat bergantung pada plot sesuatu cereka. Dalam epik Ramayana, Ravana merupakan antagonis, manakala Sri Rama ialah protagonis. Dalam drama Marcbeth, Macolm sebagai antagonis dan macbeth merupakan protagonis. Banding protagonis.
antagonistantagonisKesenianDrama dan TeaterWatak yang menentang protagonis dalam drama atau teater. Antagonis merupakan penentang kepada watak utama sama ada watak baik atau jahat bergantung pada plot sesuatu cerita. Dalam epik Ramayana, Ravana merupakan antagonis, manakala Sri Rama ialah protagonis. Dalam drama Macbeth, Malcolm sebagai antagonis dan Macbeth merupakan protagonis. Bandingprotagonis.
protagonistprotagonisKesusasteraanTiadaWatak utama dalam sesebuah cereka atau drama. Watak protagonis mungkin watak baik atau jahat bergantung pada plot cereka. Watak protagonis merupakan penyokong atau penentang utama sesuatu perjuangan atau gerakan. Dalam epik Ramayana, protagonis ialah Sri Rama, sementara Ravana merupakan antagonis. Dalam drama Macbeth, Macbeth merupakan protagonis dan Macolm sebagai antagonis. Banding antagonis.
lusingandolusingandoMuzikTiada

 Gaya persembahan memujuk dan manis untuk memaparkan perwatakan muzik yang menggoda dan menawan. Contohnya, dalam lagu Getaran Jiwa oleh Tan Sri P. Ramlee.

Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega
12

Kembali ke atas