Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.bil] | ستابيل

Definisi : I 1. tidak berubah-ubah atau turun naik dsb dgn kerapnya (bkn harga dll); 2. tidak bergoyang (bkn kenderaan dll); 3. mantap, kukuh, tenang, tidak bergolak (bkn keadaan politik dsb): politik yg ~; menstabilkan menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; kestabilan perihal atau keadaan stabil (ekonomi dll) kemantapan, stabiliti: kerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi menjaga ~ kewangan negara; ketidakstabilan perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia; penstabilan proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dll), stabilisasi, pemantapan; penstabil alat (faktor dll) utk menstabilkan (ekonomi, harga, dll), pemantap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.bil] | ستابيل

Definisi : (S.Lukis) arca pegun berbentuk abstrak yg biasanya diperbuat drpd dawai, kepingan logam dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.bil] | ستابيل

Definisi : 1 kukuh keadaannya (bkn pe­merintahan, bangunan dsb); mantap: Politik yg ~ menjamin kemakmuran negara. 2 tidak turun naik (ttg harga barang, prestasi permainan dll). 3 tidak bergoyang (bkn kenderaan dsb); seimbang. menstabilkan menjadikan stabil: Negara telah dpt ~ harga timah dlm lingkungan harga yg wajar. kestabilan keadaan atau hal stabil. penstabilan per­buatan atau hal menstabilkan; pe­mantapan. penstabil alat, faktor dll yg menstabilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
stabil (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tetap, mantap, teguh, kukuh, kuat, tahan, tidak berubah-ubah;,
Kata Terbitan : menstabilkan, kestabilan, penstabilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decaysusutanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikProses peleraian bahan nuklid yang tidak stabil untuk mencapai keadaan stabil. Semasa proses ini berlaku, sinaran radioaktif dihasilkan. Sinonim proses susutan.
Ostwald ripeningpematangan OstwaldFizikNanoteknologiFenomena yang berlaku dalam larutan pepejal atau cecair apabila butiran kecil larut dan tumbuh semula dengan saiz yang lebih besar dan stabil. Fenomena ini dapat dikesan dalam proses menghasilkan nanozarah logam yang stabil.
deconstructiondekonstruksiKesusasteraanTiadaTeori kritikan dan kaedah analisis berasaskan prinsip bahawa makna yang tetap dan stabil tidak wujud dalam bahasa. Objektif dekonstruksi adalah mencari segala kontradiksi dalam teks untuk membuktikan bahawa teks tidak mempunyai kesatuan atau pertalian yang teratur. Kontradiksi yang dimaksudkan melibatkan percanggahan antara makna yang berkemungkinan dalam satu-satu perkataan atau frasa. Objektif dekonstruksi bukan untuk mengenal pasti makna teks tetapi untuk mendedahkan makna yang berkemungkinan dan bercanggah supaya jelas interpretasi, bukan sesuatu yang tetap, stabil atau muktamad. Kaedah ini diaplikasikan bukan sahaja untuk bahasa tetapi juga untuk menganalisis sebarang konsep sistem dan institusi dengan merujuk kepada teks. Contohnya, realiti itu sendiri boleh dianggap sebagai suatu teks yang mempunyai pelbagai kontradiksi dan makna yang perlu �dibaca� dan �diinterpretasikan�. Dekonstruksi dimulai oleh ahli falsafah Perancis, Jacques Derrida. Beliau berpendapat bahawa makna teks sentiasa bergantung pada perbezaan dengan semua makna yang berkemungkinan dan sentiasa tertangguh. Derrida menggunakan istilah differance untuk menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Bagi Derrida, interpretasi merupakan suatu proses yang tidak berkesudahan yang berterusan. Lihat juga kritikan dekonstruktif.
graphitegrafitFizikNanoteknologiAlotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron.
greasegrisKejuruteraan AutomotifEnjinPelincir yang terbentuk daripada campuran stabil antara minyak, agen penebal seperti litium, natrium dan kalsium dengan bahan lain bagi mendapatkan ciri fizikal tertentu. Bahan ini digunakan untuk mengurangkan geseran dan mengelakkan pengaratan.
balance restoredpengembalian keseimbanganKesusasteraanTiadaPlot yang berada pada keadaan stabil tanpa sebarang gangguan selepas klimaks.
closed skillkemahiran terkawalSains SukanBiomekanikKemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang stabil dengan penerimaan rangsangan yang tidak berubah-ubah dan pergerakan boleh dikawal oleh pelaku. Contohnya, semasa melempar cakera, pemain perlu mengawal corak pergerakan yang akan dihasilkan dan mampu menguasai teknik lemparan yang betul.
nanoemulsionnanoemulsiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSebarang campuran cecair yang secara kinetiknya stabil dan berdiameter titisan minimum antara 50 hingga 1000 nanometer. Umumnya, saiz titisan biasanya berjulat antara 100 hingga 500 nanometer. Contohnya, emulsi air-minyak.
equilibrium coreteras seimbangSains NuklearKejuruteraan ReaktorTatarajah teras apabila keadaan kendalian reaktor sudah stabil dan mantap.
cold shutdownpenutupan sejukSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeadaan apabila teras dan sistem penyejukan reaktor nuklear stabil pada suhu dan tekanan persekitaran selepas diberhentikan kendaliannya.
12345

Kembali ke atas