Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.ril] | ستيريل

Definisi : (stéril) 1. terpelihara (bebas, bersih) drpd kuman atau hama; 2. Id tidak subur, tidak dapat beranak atau berbuah, mandul; mensteril menjadikan steril (bebas drpd kuman): gunakan jarum atau pin yg sudah disteril; kesterilan perihal atau keadaan steril; pensterilan perihal (perbuatan dsb) menjadikan steril, sterilisasi; pensteril alat utk mensteril: ~ alat-alat bedah dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.ril] | ستيريل

Definisi : terpelihara, bebas atau bersih drpd kuman atau hama: Kulat ini tidak menjangkiti anak benih yg tumbuh di tanah yg ~. mensterilkan menjadikan steril (bebas drpd kuman): Gunakan jarum atau pin yg sudah disterilkan. kesterilan keadaan steril; keadaan sudah disteril. pensterilan perbuatan atau proses mensterilkan. pensteril alat utk mensterilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata steril


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sterilesterilKejururawatanTiadaKeadaan yang bebas sepenuhnya daripada mikroorganisma yang mungkin menyebabkan penyakit.
aseptic techniqueteknik aseptikPerikananAkuakulturPenggunaan amalan dan prosedur rutin yang diambil untuk mencegah kultur, stok media steril dan peralatan daripada tercemar oleh patogen. Contoh teknik aseptik ialah membersihkan dan mensteril permukaan makmal sebelum digunakan, mengehadkan masa pendedahan kultur atau media terkena udara, memastikan piring petri sentiasa ditutup, dan mensterilkan gelung dan peralatan lain yang bersentuhan dengan mikroorganisma yang dikultur.
health supplementtambahan kesihatanHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya.
traditional medicinal productproduk ubat tradisionalHerbaPeraturan dan PemasaranSebarang produk yang digunakan dalam amalan perubatan tradisi. Produk ini hanya mengandungi satu atau lebih bahan semula jadi yang terdiri daripada tumbuhan, haiwan atau mineral, atau sebahagian daripadanya, dalam bentuk asal atau ekstrak mentah, dan ubat homeopati. Produk ubat tradisional tidak termasuk sediaan steril, vaksin, atau sebarang bahan yang diperoleh daripada bahagian badan manusia dan bahan kimia.

Kembali ke atas