Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stim] | ستيم

Definisi : wap yg terjadi apabila air dipanaskan ke takat didih; naik ~ ki, bp a) marah, naik darah; b) naik syahwat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stim] | ستيم

Definisi : wap air yg terjadi apabila air dipanaskan sehinggga menggelegak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
steam distillationpenyulingan stimHerbaTiadaKaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan wap stim. Wap stim dialirkan melalui bahan herba dan minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Kaedah ini digunakan dalam pengekstrakan minyak pati pada skala industri. Contohnya, pengekstrakan minyak cengkih dan minyak tea tree.
steam blanketselimut stimSains NuklearKejuruteraan ReaktorLapisan stim yang terbentuk pada permukaan punca haba semasa pendidihan air.
steam generator (SG)penjana stimSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeralatan yang menukarkan air daripada fasa cecair kepada fasa stim.
steam turbine condenserpemeluwap turbin stimSains NuklearKejuruteraan ReaktorKomponen dalam kitar Rankine yang berfungsi untuk memeluwap stim yang keluar dari turbin menjadi air yang seterusnya dihantar semula ke dandang.
nuclear steam supply system (NSSS)sistem pembekalan stim nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorRangkaian peralatan dan peranti yang berfungsi menjana dan membekalkan stim untuk menggerakkan turbin.
steam generator tube rupture (SGTR)tiub penjana stim pecahSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeadaan yang berlaku apabila salah satu atau beberapa tiub di dalam penjana stim loji nuklear pecah atau bocor.
condensate storage tank (CST)tangki penyimpanan pemeluwapanSains NuklearKejuruteraan ReaktorKomponen di dalam sistem pembekalan stim nuklear yang digunakan sebagai takung untuk menyimpan air yang terkumpul dari pemeluwap turbin stim.
volatile oilminyak meruapHerbaTiadaMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati.
heat treatmentrawatan habaBuluhTiadaKaedah mengawet buluh menggunakan suhu tinggi pada jangka masa tertentu, dengan menggunakan medium seperti stim atau minyak untuk mengubah komposisi kimia buluh.
nuclear islandpulau nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorBahagian khusus loji kuasa nuklear yang merangkumi struktur, sistem dan komponen yang terlibat dengan penjanaan stim dalam sistem penyejukan primer.
12

Kembali ke atas