drug store | stor ubat | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Tempat untuk menyimpan ubat. 2. Nama lain untuk premis farmasi. |
learning record store (LRS) | stor rekod pembelajaran (LRS) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem storan data yang berfungsi sebagai repositori untuk merekod pengalaman pembelajaran. LRS digunakan dalam xAPI. |
storekeeper's liability policy | polisi liabiliti penyelenggaraan stor | insurans | Tiada | Polisi pakej yang melindungi tuntutan kecederaan anggota dan kerosakan harta akibat daripada pengurusan sesuatu perniagaan. |
storekeeper's burglary and robbery insurance | insurans pecah masuk dan rompakan penyelenggara stor | insurans | Tiada | Polisi pakej yang melindungi kerugian akibat kecurian dan rompakan. |
mobile app | app mudah alih | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian aplikasi yang biasanya kecil dan khusus untuk sebarang platform perkakasan khususnya peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. App ini hanya boleh didapati dengan kaedah memuat turun daripada stor app secara percuma atau dibeli daripada stor app secara dalam talian dan dipasangkan pada peranti tersebut. |
commercial burglary | pecah masuk komersial | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memasuki premis komersial seperti pejabat, kedai, stor atau lain-lain tanpa izin pemilik premis, bertujuan untuk mencuri. |
cellar | bilik bawah tanah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang yang terletak di aras bawah tanah sesebuah rumah atau bangunan. Ruang ini dikelilingi oleh dinding asas, sesuai dijadikan sebagai stor barang dan tempat penyimpanan minuman keras kerana mempunyai suhu yang sekata sepanjang tahun. Di negara Barat, bilik ini digunakan sebagai tempat perlindungan semasa Perang Dunia Kedua dan ketika terjadinya taufan besar. Bilik bawah tanah lebih popular pada rumah lama berbanding dengan rumah masa kini. |
native apps | app jati | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian aplikasi yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pada platform atau peranti mudah alih tertentu dan biasanya dipasang siap atau perlu dimuat turun secara dalam talian daripada stor app. App jati ini biasanya tidak boleh dinyahpasang, tetapi boleh dinaik taraf. Contohnya, app kamera dan app jam. |
experience API (xAPI) | API pengalaman (xAPI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu piawaian perisian e-pembelajaran yang membolehkan isi kandungan pembelajaran berinteraksi dengan platform sistem pembelajaran dengan cara merekod dan menjejak semua jenis pengalaman pembelajaran. Pengalaman pembelajaran pula direkodkan di dalam stor rekod pembelajaran (LRS). |
computer-managed instruction 5 (CMI-5) | pengajaran diurus komputer 5 (CMI-5) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Spesifikasi versi 5 yang menggantikan piawaian SCORM dan xAPI dalam mengendalikan kandungan e-pembelajaran. CMI-5 bertindak sebagai penghubung antara sistem pengurusan pembelajaran (LMS) dan stor rekod pembelajaran (LRS). |