Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stra.té.gik] | ستراتيݢيک

Definisi : (stratégik) 1. berdasarkan strategi: letaknya ~ dan hanya dapat dicapai drpd tiga jurusan; 2. bp baik (elok) letaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata strategik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
master planrancangan indukPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSebuah rancangan strategik yang menyeluruh untuk sesuatu kawasan yang menunjukkan zon guna tanah dan jalan perhubungan utama dan biasanya berbentuk laporan bertulis dibantu dengan gambar rajah utama.
national spatial planningperancangan ruang nasionalPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pengaturan perancangan strategik yang menye- luruh tentang pembangunan ruang nasional yang terdiri daripada laporan bertulis dan dibantu dengan gambar rajah terperinci.
roadmap of green technologyhala tuju teknologi hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPelan strategik pengembangan dan penggunaan produk, peralatan dan sistem. Hala tuju teknologi hijau adalah untuk memelihara persekitaran dan sumber semula jadi serta mampu mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti manusia dan fenomena alam.
coopetitionkerjasama pesaingPerniagaanTiadaAmalan antara syarikat yang bersaing di pasaran dalam bekerjasama secara strategik seperti berkongsi sumber sedia ada untuk mengurangkan kos bagi mencapai hasil dan keuntungan bersama.
green economy frameworkrangka kerja ekonomi hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerancangan ekonomi yang strategik untuk pembangunan mampan tanpa menjejaskan alam sekitar.
electronic warfare supportsokongan peperangan elektronikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah peperangan elektronik yang menggunakan spektrum elektronik secara pasif bertujuan untuk mengumpul maklumat strategik pihak lawan. Kaedah ini juga berguna untuk memintas serangan yang telah dilancarkan oleh pihak lawan. Oleh sebab kaedah ini dilakukan secara pasif menyebabkannya lebih sukar dikesan berbanding serangan elektronik.
central libraryperpustakaan pusatPerpustakaanTiadaPerpustakaan utama yang terdiri daripada pejabat Ketua Pustakawan dan Jabatan Pentadbiran. Perpustakaan pusat mempunyai koleksi buku terbesar yang terletak di tempat yang strategik.
supply managementpengurusan bekalanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauTindakan untuk mengenal pasti, memperoleh dan mengurus sumber penting bagi operasi sesebuah organisasi. Tujuan utama pengurusan bekalan adalah untuk mengawal kos, mengekalkan kelestarian, membekalkan sumber yang cekap, mengurus risiko dan mengumpul maklumat yang berkesan bagi menghasilkan keputusan yang strategik.

Kembali ke atas