atelier | atelier | Kesenian | Hiasan Dalaman | Studio atau bengkel, iaitu tempat artis atau pereka menghasilkan karya seni atau kraf tangan. Ruang ini juga digunakan sebagai tempat latihan pekerja atau pelajar yang membuat latihan amali dalam bidang seni halus dan seni bina. |
copyright | hak cipta | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Hak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran. Contoh hak cipta ialah Adobe, Totara, Camtasia Studio 8 dan Google Apps for Education. Banding hak terbuka. |