su yue | su yue | Muzik | Tiada | Muzik sekular yang terdapat di China. Contohnya, muzik yang dipersembahkan oleh pemuzik profesional wanita untuk hiburan raja atau rakyat biasa di China. Alat muzik yang mengiringi muzik su yue termasuklah pipa, dizi, xiao, sheng dan san xian. Sinonim su yueh. |
su yueh | su yueh | Muzik | Tiada | Lihat su yue. |
sotto in su | sotto in su | Kesenian | Tiada | Stail lukisan cat realistik pada lelangit bangunan yang menggunakan teknik pengompotan ekstrim. |
Gell-Mann-Okubo mass formula | formula jisim Gell-Mann-Okubo | Fizik | Mekanik Kuantum | Rumus berasaskan kumpulan simetri SU(3) yang menyatakan jisim ahli sesuatu multiplet unitari bagi meson atau barion adalah dalam sebutan jumlah spin isotopik, hipercas dan pekali cirian multiplet tersebut. |
tranquillo | tranquillo | Muzik | Tiada | Tranquillo bermaksud tenang. Arahan kepada pemuzik supaya memainkan sesuatu karya dengan suasana yang aman dan tenteram. Contohnya, karya Visions Fugitives, Op. 22, No. 9 oleh Prokofiev. |
zheng | zheng | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Badannya diperbuat daripada kayu dan berbentuk papan panjang dengan permukaan yang sedikit melengkung. Zheng mempunyai 12, 13,15 atau 16 utas tali logam atau sutera yang ditiunkan dalam skel pentatonik Cina dengan menggunakan kekuda yang boleh dialih-alihkan. Kekuda tersebut terletak di bawah setiap tali dan tali dipetik dengan jari. Alat muzik yang terdapat di China ini menghasilkan melodi dalam muzik klasik Cina dan dimainkan sebagai alat solo atau dalam Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
|