Definisi : 1. syak, ragu-ragu, keragu-raguan; ~ hati syak hati; 2. orang yg bekerjasama dgn musuh dll, kolaborator; bersubahat 1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi; 2. bekerjasama dgn musuh dll: pejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dgn komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan; persubahatan perbuatan bersubahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 perasaan kurang percaya; ragu-ragu; syak. 2 orang yg bekerjasama dlm sesuatu perbuatan jahat (spt bekerjasama dgn musuh). bersubahat 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan jahat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. persubahatan perbuatan bersubahat: ~nya dgn kumpulan itu telah lama diketahui polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)