Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.bi.dang] | سوببيدڠ

Definisi : bidang kecil drpd bidang induk: geomorfologi adalah ~ kpd bidang geografi; rancangan membentuk kira-kira 300 000 istilah dlm pelbagai bidang dan ~ ilmu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sub.bi.dang] | سوببيدڠ

Definisi : bidang kecil drpd bidang induk: Usaha utk membentuk istilah dlm pelbagai bidang dan ~ ilmu pengetahuan telah dimulakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subbidang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificateperakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerDokumen elektronik yang ditandatangani secara digital oleh pihak yang berwibawa. Dokumen ini mengandungi maklumat tentang suatu entiti dan kekunci awam entiti tersebut.
spoofperdayaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyamaran identiti aset sistem komputer seperti data, pengguna atau peranti untuk memperdaya pihak yang disasarkan tentang kesahihan aset berkenaan, sumber dan sebagainya.
crackerperekahTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu berperwatakan penggodam dan pengguna hasad yang menggunakan kemahiran pengatucaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer milik pihak lain. Beliau menerbitkan hasil kerjanya dalam bentuk kod perengkah, skrip, warez atau aturcara yang boleh digunakan oleh pengguna hasad lain seperti budak skrip. Sinonim topi hitam.
replicatorpereplikaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang menyalinkan dirinya sendiri, sama ada untuk tujuan yang dibenarkan atau sebagai pembuatan hasad. Salinan asal tidak dibatalkan. Contoh perisian pereplika ialah cecacing Internet, virus, agen cerdas untuk carian selari atau proses yang menggunakan arahan fork.
crashranapTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang berlaku pada aset sistem komputer apabila suatu kerosakan atau kesilapan penggunaan menyebabkan aset sistem komputer berkenaan seperti perisian atau papan ibu tidak dapat berfungsi dengan betul.
stringrentetanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSusunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap dan rentetan panjang boleh ubah. Rentetan panjang tetap adalah rentetan yang mempunyai panjang maksimum yang tetap, yang menggunakan saiz ingatan yang sama, sama ada panjang maksimum ini dicapai ataupun tiak dicapai. Rentetan panjang boleh ubah pula merupakan rentetan yang mempunyai panjang yang tidak tetap, yang menggunakan saiz ingatan bergantung kepada saiz atau panjang rentetan itu sendiri. Rentetan panjang boleh ubah sering digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden.
retrovirusretrovirusTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang memastikan semua media sandaran bagi data yang dijangkiti juga dijangkiti dengan virus berkenaan. Pemilik data tidak bole memulihkan maklumatnya kerana semua salinan telahpun dijangkiti dengan virus yang sama.
repudiationsangkalanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSalah satu ancaman keselamatan yang menyebabkan pengguna komputer menafikan tindakan yang telah diambil atau telah mengaku melakukan sesuatu tindakan yang tidak dilakukan. Banding tanpa sangkalan.
ciphersiferTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerNama umum untuk sistem penyulitan, kriptografi atau kriptosistem yang merupakan jujukan arahan dan operasi matematik untuk menjalankan proses penyulitan dan penyahsulitan.
snarfsnarfTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan mengambil atau merampas data yang banyak daripada ruang simpanan pengguna lain dalam sistem komputer atau terus daripada rangkaian dengan tujuan menggunakannya tanpa pengetahuan pemilik data tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas