characteristic temperature | suhu cirian | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Suhu kritikal campuran perduaan i dan j yang ditakrifkan sebagai Tc, ij = (Tc,i Tcj)1/2 (1 � Kij), dengan T = suhu, k = pemalar perduaan cirian, subskrip c = keadaan kritikal, subskrip i = komponen i, subskrip j = komponen j. |
characteristic compressibility factor | faktor kemampatan cirian | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Faktor kemampatan kritikal campuran perduaan i dan j yang ditentukan daripada sifat tulen faktor asentrik sebagai (rujuk m/s 48) dengan Z = faktor kemampatan, w = faktor asentrik, subskrip c = keadaan kritikal, subskrip i = komponen i, subskrip j = komponen j. |
heat exchanger efficiency | kecekapan penukar haba | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah kenaikan sebenar suhu bendalir penyejuk terhadap kenaikan maksimum suhu yang seharusnya diperoleh dan diungkapkan sebagai dengan h = kecekapan penukar haba, T = suhu, subskrip c = keadaan bendalir penyejuk, subskrip h = keadaan bendalir pemanas, subskrip i = keadaan suap, subskrip o = keadaan keluar. |
reduced density | ketumpatan terturun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ketumpatan yang ditakrifkan sebagai rR = r/rc = Vc/V, dengan r = ketumpatan terturun, V = isi padu, subskrip c = keadaan kritikal, subskrip R = keadaan terturun. |
characteristic volume | isi padu cirian | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Isi padu kritikal campuran perduaan i dan j yang ditakrifkan sebagai (rujuk m/s 111) dengan V = isi padu, subskrip c = keadaan kritikal, subskrip i dan j = komponen. |
Lydersen correlation | korelasi Lydersen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi umum untuk menganggarkan isi padu cecair berdasarkan prinsip keadaan sepadan sebagai V = V rR1/rR, dengan V = isi padu, r = ketumpatan, subskrip R = keadaan terturun, subskrip 1 = keadaan rujukan. |
humidity | kelembapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Berat wap yang dikandungi oleh satu unit berat gas tanpa cecair pada tekanan satu atmosfera yang dijelaskan sebagai atau dijelaskan dalam pecahan mol sebagai dengan subskrip A = gas, subskrip B = wap, H = kelembapan, M = berat molekul, = tekanan wap purata. |
Scheibel correlation | korelasi Scheibel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi Wilke-Chang yang dipermudah tanpa memerlukan parameter pengumpulan f yang dijelaskan sebagai dengan DAB = pekali resapan, mB = kelikatan, T = suhu, V = isi padu molar, subskrip A = bahan melarut, subskrip B = pelarut. Korelasi ini sesuai bagi cecair bukan elektrolit yang meresap ke dalam larutan organik. |
Bosauquet formula | formula Bosauquet | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan yang menganggarkan resapan berkesan keseluruhan bagi kaedah resapan pukal dan Knudsen dan diungkapkan sebagai dengan D = pekali resapan, subskrip A = molekul A meresap ke dalama bendalir pukal B, subskrip K = resapan jenis Knudsen, subskrip e = nilai berkesan. |
Langmuir isotherm | isoterma Langmuir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan yang menghubungkan kepekatan sesuatu spesies (katakan A) yang terjerap pada permukaan mangkin dengan tekanan separa A di dalam fasa gas sebagai dengan C = kepekatan, P = tekanan, K = pemalar penjerapan, subskrip A = spesies A, subskrip T = keseluruhan. |