dawn | fajar;; pagi (subuh) | Geografi | Tiada | Satu istilah yang digunakan untuk menandakan permulaan sesuatu. |
dawn shift | syif subuh | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
dawn raid | serang subuh | Pentadbiran | Tiada | Percubaan mengambil alih sesebuah syarikat dengan membeli sebanyak saham yang mungkin apabila bursa saham dibuka, biasanya sebelum syarikat sasaran mengetahui usaha pengambilalihan tersebut. |
alba | alba | Kesusasteraan | Tiada | 1. Nyanyian perpisahan di antara dua kekasih.,2. Iringan muzik di waktu subuh. |
matins | matins | Muzik | Tiada | Perkataan yang berasal daripada bahasa Latin matutinus yang bermaksud waktu subuh. Lihat juga officium. |
melatonin | melatonin | Psikologi | Psikologi Umum | Hormon yang terdapat dalam badan pineal. Paras hormon ini memainkan peranan penting dalam kemandirian kebanyakan haiwan terutamanya yang menggunakan tingkah laku samaran sebagai usaha untuk mengelakkan diri daripada diserang pemangsa. Paras hormon melatonin mula meningkat pada waktu senja sehingga ke tengah malam, dan selepas itu akan menurun sehingga pada waktu subuh. Hormon ini dikatakan mempengaruhi rasa mengantuk individu. Oleh itu, melatonin digunakan untuk mengurangi ketidakselesaan akibat lamban jet yang dialami oleh juruterbang dan anak-anak kapal. |
officium | officium | Muzik | Tiada | Lapan waktu upacara sembahyang yang diadakan setiap hari di gereja Roman Katolik. Upacara ini melibatkan nyanyian him, psalm, kantikel, responsory, bacaan dan doa. Waktu sembahyang tersebut ialah matins pada pukul 3.00 pagi, lauds pada waktu subuh, prime pada pukul 6.00 pagi, terce pada pukul 9.00 pagi, sext pada waktu tengah hari, none pada pukul 3.00 petang, vespers pada pukul 6.00 petang dan compline pada waktu malam.
|