Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka] | سوک

Definisi : 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkan­nya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (ke­mahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalah­majalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) seke­hendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergem­bira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga me­ngarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, meng­gembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (di­sayangi, dicintai, dikehendaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ka] | سوک

Definisi : 1 perasaan senang atau perasaan gembira: Hanya engkaulah sahabatku dlm ~ dan duka. 2 = ~ hati (berasa) senang hati; (berasa) gembira; girang: Aku tidak ~ tinggal di kampung ini. 3 mahu mengerjakan sesuatu; gemar akan sesuatu; berkenan akan sesuatu: Aku boleh pergi bila-bila aku ~. Aku tidak ~ engkau mengganggu mereka. 4 menaruh perasaan kasih atau sayang: Tidak ada ibu yg tidak ~ akan anak-anaknya. bersuka-suka bergembira; bersenang-senang: Pd ketika itu, baginda telah pergi ke Rembau ~ beberapa lama. bersuka-sukaan 1 bergembira beramai-ramai (dgn makan minum, nyanyian dsb): Setelah itu menteri Kelahan pun berjamu makan minum ~ tiga empat hari lamanya. 2 bercinta-cintaan (antara lelaki dan perempuan). menyukai 1 suka akan; menggemari; meminati: Kanak-kanak sangat ~ filem kartun. 2 menaruh kasih kpd; suka kpd; menyayangi: Banyak gadis yg ~nya. menyukakan menyebabkan menjadi suka; menjadikan suka; menggirangkan hati; menggembirakan: Apa yg ~ engkau tinggal di kampung ini? kesukaan 1 keadaan atau rasa suka; kegembiraan: Mereka bermain beramai-ramai dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai; apa-apa yg menyukakan; kegemaran; kemahuan: ~nya pd waktu lapang ialah memancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Sakit kepala panjang rambut,
     patah selera banyak makan.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).

 

Lihat selanjutnya...(75)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doggerelpuisi remehKesusasteraanTiadaPuisi yang diolah secara kasar, mengandungi isi yang remeh dan menggunakan stail yang tidak rapi. Rima puisi remeh umumnya bersifat mendatar dan tidak memperlihatkan kesan emosi atau perasaan yang mendalam. Puisi tersebut mungkin bertujuan untuk hiburan, suka-suka atau untuk melahirkan idea kelucuan. Umumnya, puisi jenis ini lahir daripada para pengarang yang kurang berpengalaman tentang kaedah penciptaan puisi yang sistematik dan tidak berteraskan nilai-nilai estetik dan puitis yang tinggi. Di samping penghasilan puisi yang bermutu rendah, puisi remeh juga banyak terdapat dalam kad ucapan dan iklan barangan untuk menarik perhatian pembaca dan pembeli.
toryismfaham konservatifSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman ini mendukung idea konservatif yang tidak suka kepada sebarang perubahan. Pendukung fahaman ini lebih suka mengekalkan ciri-ciri budaya dan institusi yang tradisional dalam masyarakat. Fahaman ini juga lebih cenderung mengekalkan status quo, memperjuangkan kelas atasan dan menengah serta tidak suka kepada perubahan yang menyeluruh dan mendadak. Contohnya Parti Konservatif Great Britain.
mutual covenantwaad saling sukaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
pleaserpenggembiraUmumTiadaSeseorang yang suka membuatkan orang lain gembira.
cynicsinisKesusasteraanTiadaSinis: Orang yang suka mengejek-ejek, memerli, mempersenda dan lain-lain.
miles gloriosusmiles gloriosusKesusasteraanTiadaWatak yang suka bercakap besar tentang kehebatan dirinya tetapi sebenarnya dia seorang yang pengecut. Miles gloriosus merupakan watak prototaip dalam komedi Plautus, dramatis Romawi pada kurun ke-2. Watak ini kemudian menjadi watak stok yang sering terdapat dalam drama Inggeris. Watak ini juga dimanfaatkan dalam karya moden sebagai teman sampingan wira dengan tujuan untuk meningkatkan kehebatannya. Contoh watak miles gloriouses ialah Falstaff dalam drama Henry IV oleh Shakespeare. Contoh watak dalam sastera Melayu ialah Wak Long dan Wak Dogol dalam persembahan wayang kulit.
xenophobiaxenofobiaSains PolitikPolitik PerbandinganSikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid.
phonophobiafonofobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut atau tidak suka yang keterlaluan terhadap bunyi yang kuat.
photophobiafotofobiaPerubatanPsikiatriPerasaan takut atau tidak suka yang keterlaluan terhadap cahaya yang terang.
smart aleckpoyoUmumTiadaBerkenaan seseorang yang suka membanggakan diri atau merasakan diri lebih bagus daripada orang lain.
1234

Kembali ke atas