intractable residue | residu sukar diurus | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
writerly | cabar baca | Kesusasteraan | Tiada | Sifat teks yang sukar difahami oleh pembaca. Kesukaran ini disebabkan oleh elemen linguistik di dalamnya yang menyebabkan struktur serta maknanya menjadi tersirat. Dalam hal ini, bahasa menjadi perantara yang membentuk realiti supaya lebih kompleks dan samar. Kini, pembaca lebih sedar akan elemen linguistik yang memainkan peranan aktif dalam membina makna teks. Karya atau teks jenis ini berkembang dalam era pascamoden pada abad ke-20. Contoh karya cabar baca ialah Finnegans Wake oleh James Joyce. Istilah cabar baca digunakan untuk membezakannya dengan teks yang disebut mesra baca. Lihat juga mesra baca. |
fixed asset | aset tetap | Ekonomi | Tiada | Aset yang sukar ditukarkan kepada tunai. Aset tetap terdiri daripada aset tetap ketara seperti bangunan, tanah, mesin, dan pelaburan jangka panjang; dan aset tetap tak ketara seperti paten, hak cipta, dan tanda perdagangan. |
analogy | analogi | Kesusasteraan | Tiada | Cara menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan menggunakan sesuatu perkara yang sudah difahami. Hal ini dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kehadiran beberapa ciri yang sama antara dua perkara itu dijadikan asas untuk membandingkan persamaan atau perbezaan. Walaupun kedua-dua perkara yang dibandingkan itu mempunyai persamaan, namun tidaklah persis serupa. Umpamanya, denyutan jantung diterangkan seperti cara sebuah pam berfungsi. Analogi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bahagian yang sama rata�. Lihat juga metafora, simile. |
monolithic party | parti monolitik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang mempunyai kedudukan yang sangat signifikan dalam masyarakat. Parti jenis ini memiliki ciri-ciri seperti sangat dominan, bersaiz besar, sukar diatasi oleh parti lain, mempunyai tahap kesepaduan dan ketahanan yang tinggi serta pengalaman yang banyak. Ciri-ciri ini telah menjadikan kedudukan parti ini sukar dicabar. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dapat dianggap sebagai parti monolitik memandangkan kedudukannya yang diterima ramai. Sinonim parti teguh. |
narcotic | narkotik | Herba | Tiada | Herba yang menenangkan rasa sakit yang sukar diubati atau mengaruh anestesia. Herba ini harus digunakan dengan berhati-hati. Contoh herba ini ialah candu, ganja, ketum dan guarana. |
logorrhea | logorea | Kesusasteraan | Tiada | Ujaran dalam karya sastera yang menggunakan perkataan yang sukar, tidak tersusun, berbelit-belit, berulang-ulang serta tunggang terbalik. Ujaran ini biasanya ditemui dalam karya puisi dan prosa. Lagorea berasal daripada perkataan Yunani logorrhea yang bermaksud perkataan �pengaliran atau luahan perkataan�. |
chronic disease | penyakit kronik | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan yang berlarutan dan sukar sembuh. Penyakit kronik boleh menunjukkan tanda-tanda klinikal atau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal. |
qasida | qasidah | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi awal berkembang dalam kesusasteraan Arab. Bentuk ini sukar diterjemahkan mengikut pola, irama dan rima yang lazim terdapat pada puisi Melayu tradisional. Walau bagaimanapun masyarakat MeJayu sering menyanyikannya dalam bentuk yang asal. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional yang dipetik dari buku Harun Mat Piah. Fadlu gaya syida Rab, Ya Rabbi hai yik Jana min amrina rosyada Wa jaal manu, matahal muna lana hadada Ya lin, ya lin, ya lin |