secret ballot | undi sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemilihan yang dilakukan secara rahsia. Dalam pengundian ini, setiap pemilih tidak mengetahui pilihan yang dibuat oleh pengundi lain. Pengundian sulit biasanya dilaksanakan secara kertas undi dan tidak secara terbuka dengan mengangkat tangan. Pengundi yang memilih calon yang bersaing hanya perlu menanda dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi yang terkawal. Tujuan undi sulit dilaksanakan adalah untuk tidak mempengaruhi proses pengundian dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengundi untuk membuat pemilihan tanpa merasa tekanan. Pada zaman moden ini, kemudahan komputer banyak digunakan untuk menjalankan pengundian sulit ini. Contohnya, pengundian dalam pilihan raya umum Malaysia dijalankan secara undi sulit. |
clandestine movement | gerakan sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan politik yang dilakukan secara senyap atau bawah tanah dan di luar batasan perlembagaan bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Gerakan ini biasanya dipelopori oleh pemimpin yang menyedari ketidakadilan dan kekejaman yang wujud dalam sesebuah pemerintahan tetapi tidak mampu menyuarakannya secara terbuka disebabkan oleh kebimbangan terhadap hukuman politik yang akan dikenakan. Gerakan ini dimulai dengan pembentukan beberapa ahli kumpulan secara kecil-kecilan yang kemudiannya akan berkembang secara sulit dalam masyarakat. Apabila disedari oleh pemerintah, pemimpin gerakan ini akan ditangkap, dipenjarakan dan sesetengahnya pula terpaksa melarikan diri serta memohon perlindungan politik dari negara lain. Contohnya, gerakan Masonic Movement di Cuba yang ditubuhkan sejak tahun 1959 bagi menentang dan menggulingkan pemerintahan Fidel Castro. |
confidential tariff | tarif sulit | Pelancongan | Tiada | Bayaran yang dipersetujui antara dua pihak berdasarkan syarat tertentu. |
conspiracy | konspirasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perancangan sulit yang dilakukan oleh individu atau kelompok tertentu bagi mengatasi dan menewaskan pihak lawan. Perancangan ini dibuat secara rapi sehingga pihak lawan dan masyarakat tidak mengetahui dalang sebenarnya. Konspirasi ini berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fitnah, surat layang atau berita palsu yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan tertentu yang merupakan proksi atau tali barut perancang. Selain itu, konspirasi boleh juga berlaku secara kudeta, pembunuhan dan rusuhan yang menggunakan pihak tertentu seperti tentera dan pembunuh upahan, gerila serta kongsi gelap. Contohnya, kempen antikeganasan pentadbiran Bush di Amerika Syarikat merupakan satu bentuk konspirasi untuk menjatuhkan rejim Saddam Hussein di Iraq. Sinonim komplot. |
subversive | subversif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menjatuhkan kerajaan yang dilakukan secara sulit dan di luar batasan perlembagaan. Usaha ini dilakukan dari dalam sesebuah negara dan sukar dikesan oleh pemerintah. Tindakan ini dilakukan secara propaganda, menggunakan bantuan kewangan, tindakan pengintipan atau pengumpanan seperti pengedaran dadah. Contohnya, gerakan komunis cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia secara subversif melalui penyusupan ke dalam pentadbiran kerajaan pada peringkat awal kemerdekaan dahulu. |
cyberespionage | pengintipan siber | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan memperoleh rahsia dan maklumat sulit tanpa kebenaran dan pengetahuan pemegang maklumat untuk manfaat peribadi, ekonomi atau politik yang dilakukan melalui Internet. |
privacy marking | tanda privasi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sebarang tanda yang menunjukkan bahawa data atau maklumat yang dikemukakan adalah sulit dan hak milik individu. Data atau maklumat ini diserahkan kepada pihak berkuasa hanya bertujuan untuk menilai permohonan pendaftaran sesuatu produk. |
encryption | penyulitan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses penukaran maklumat ke dalam kod atau sifar yang hanya difahami oleh pengguna yang sah. Kunci rahsia atau kata laluan diperlukan untuk mengenyah sulit atau mengenyah kod sesuatu maklumat. Contohnya, data pesakit dalam rekod kesihatan elektronik (EHR) atau rekod perubatan elektronik (EMR) yang ingin dihantar ke lokasi lain akan menjalani proses penyulitan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan data terjamin. |
national liberation | pembebasan kebangsaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan nasionalisme yang berjuang untuk membebaskan wilayah dan negara daripada penjajah atau perjuangan kelompok kaum tertentu daripada penguasaan sesebuah pemerintahan. Gerakan ini boleh berbentuk sulit atau secara terang-terangan, bergerak dalam bentuk aman dengan menggunakan cara sah atau melalui keganasan dan kekerasan. Contohnya, Gerakan Quebec di Kanada bergerak secara sah dan aman manakala Gerakan Acheh pula bergerak secara kekerasan. Sinonim pembebasan nasional. |
official count | pengiraan rasmi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses mengira undi yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa seperti suruhanjaya piIihan raya atau MajIis Perwakilan. Pengiraan dan keputusan dianggap rasmi apabila pihak berautoriti ini yang melaksanakannya. Pengiraan biasanya dibuat secara terbuka atau sulit menurut peraturan sesebuah pertubuhan atau negara. Contohnya, pengiraan dan keputusan undi yang dikendalikan oIeh Suruhanjaya PiIihan Raya Malaysia dianggap rasmi dan sah. |