Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sumber (kata nama)
1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,

2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,

Kata Terbitan : bersumber,

Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
maximum sustainable yieldhasil lestari maksimumSains MarinTiadaTahap penghasilan maksimum yang dapat dicapai pada sesuatu unit masa. Pada tahap penghasilan ini sumber semula jadi seperti sumber perikanan, sumber hutan dan lain-lain yang boleh dieksploitasi secara rutin tanpa menyebabkan kepupusan sumber.
natural resources conservationpemuliharaan sumber asliTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauUsaha untuk melindungi sumber semula jadi yang berharga, contohnya pokok, mineral, hidupan liar dan air. Pemuliharaan sumber asli bertujuan untuk mengekalkan kelestarian sumber alam.
mixotrophic algaealga miksotrofikSains MarinTiadaKumpulan alga yang menggunakan kombinasi sumber tenaga dan sumber karbon yang berbeza dalam mensintesiskan makanannya. Alga miksotrofik merupakan perantaraan antara alga autotrafik dan alga heterotrofik. Kombinasi miksotrofik merupakan gabungan fototrof dengan kemotrof, dan litotrof dengan organotrof, autotrof dengan heterotrof atau kombinasi lain. Alga miksotrofik dapat hidup dalam keadaan bercahaya atau tanpa cahaya.
renewable resourcesumber boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSumber yang memberikan nilai ekonomi dan boleh diganti melalui proses biologi atau secara semula jadi dan boleh digunakan berulang kali. Sumber boleh diperbaharui boleh mengatasi kekurangan bekalan akibat penggunaan secara berterusan. Contohnya, tenaga suria, oksigen, air dan biojisim.
market economyekonomi pasaranEkonomiTiadaEkonomi yang bergantung pada kuasa pasaran untuk menyelesaikan masalah utama ekonomi, iaitu apa yang perlu dikeluarkan, bagaimana untuk dikeluarkan, dan untuk siapa dikeluarkan. Kuasa pasaran (permintaan dan penawaran) akan menentukan harga, yang penting sebagai petunjuk tentang jenis barang yang patut dikeluarkan dan yang dibeli, dan juga kaedah penggunaan sumber dan agihan pulangan sumber tersebut. Prasyarat kepada sistem ekonomi ini ialah sumber-sumber ekonomi bebas dimiliki oleh individu, dan pengeluaran dijalankan secara bebas tanpa campur tangan pihak tertentu seperti kerajaan.
alternativealternatifEkonomiTiadaPilihan terhadap berbagai-bagai kegunaan sumber yang terhad. Alternatif melibatkan kos melepas atau kos alternatif. Ini berlaku kerana sumber atau faktor pengeluaran terhad. Lihat juga kos melepas, peruntukan sumber.
safelightcahaya selamatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSumber cahaya berwarna merah yang sesuai digunakan di dalam bilik gelap untuk memproses filem radiografi. Sumber cahaya ini tidak akan merosakkan filem dan menjamin ketumpatan optik filem tersebut berada di bawah paras yang dibenarkan. Sumber lampu merah ini dipasang di bilik gelap dan dibuka semasa penyediaan dan pemprosesan filem radiografi.
line sourcesumber garisKimiaKimia AnalisisSumber untuk spektroskopi penyerapan atom atau pendarfluor dengan garis spektrum yang sempit dan bercirikan atom tertentu. Keamatannya tinggi dan julat panjang gelombangnya sempit.
resource allocationpengagihan sumberPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses memperuntukkan sumber mengikut keperluan, keutamaan, dan aktiviti di sesuatu kawasan.
resource-based learningpembelajaran berasaskan sumberTeknologi Maklumate-PembelajaranKaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan rujukan pelbagai sumber seperti buku, media cetak, video, bahan digital, pakar, pengamal, guru dan lain-lain bagi memahami konsep serta fakta yang berkaitan dengan objektif pembelajaran.
12345678910...

Kembali ke atas