strategic human resource management | pengurusan sumber manusia strategik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia. Hubungan ini mampu menentukan hala tuju sesebuah organisasi melalui pengurusan sumber manusia yang selari dengan matlamat dan objektif strategik organisasi, di samping membentuk budaya organisasi yang efektif dan inovatif yang dapat mempertingkatkan operasi dan prestasi sesebuah organisasi. |
human resource planning | perancangan sumber manusia | Pengurusan | Perancangan | Proses mengenal pasti keperluan tenaga kerja semasa dan masa hadapan dalam sesebuah organisasi. Perancangan sumber manusia penting dalam memastikan kewujudan tenaga kerja yang mencukupi, bersesuaian serta berkelayakan bagi mencapai matlamat organisasi. Perancangan ini dilihat sebagai penghubung antara pengurusan sumber manusia dengan pelan strategik organisasi. Contohnya, apabila sebuah organisasi merancang untuk membuka beberapa cawangan yang baharu, penilaian perlu dibuat bagi menentukan bilangan dan kelayakan tenaga kerja yang sedia ada mencukupi. |
human resource audit | audit sumber manusia | Pentadbiran | Tiada | Analisis dan penilaian terhadap sumber manusia dalam sesebuah organisasi. |
human resource planning | perancangan sumber manusia | Pentadbiran | Tiada | Penggunaan proses sistem pengenalian sumber manusia untuk memastikan bilangan pekerja yang mahir mencukupi apabila dikehendaki. |
manpower administration | pentadbiran tenaga manusia | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah pengurusan atau pengelolaan sumber manusia dalam organisasi. Biasanya, sumber manusia ditempatkan di jabatan tertentu bersesuaian dengan kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman mereka. Kaedah ini melibatkan deskripsi dan spesifikasi tugas yang khusus yang dibuat oleh pihak majikan untuk memudahkan kakitangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka serta meningkatkan produktiviti. Dalam konteks pengurusan sumber manusia, kaedah ini juga melibatkan undang-undang dan peraturan organisasi. Contoh, golongan profesional perlu melalui ujian atau syarat tertentu sebelum berkhidmat kepada masyarakat seperti guru yang perlu menjalani praktikal di sekolah, peguam perlu melepasi latihan dalam kamar dan doktor pula perlu menjalani latihan sebagai doktor pelatih. |
human resource development | pembangunan sumber manusia | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pembangunan guna tenaga kerja yang melibatkan berbagai aktiviti seperti latihan, bengkel, penyertaan konferens atau kursus, program peningkatan motivasi dan pembinaan hubungan baik bagi kerja sepasukan yang dilakukan bagi pekerja dalam sesuatu organisasi atau tempat kerja. Semua aktiviti ini berhasrat bagi meningkatkan produktiviti atau perkhidmatan yang baik di samping membina tempat kerja yang selesa dan strategik. Di samping itu tempat kerja yang baik, pemeliharaan kebajikan perkerja, imbuhan yang sewajarnya, hubungan perkerja-majikan yang mesra, serta sistem arahan dan hierarki yang teratur dalam organisasi turut membantu membangunkan sumber manusia ini. Dalam usaha ini pihak sumber manusia organisasi tersebut bertanggungjawab menganjurkan pelbagai aktiviti sedemikian untuk kebaikan masa depan organisasinya. |
human resource planning | perancangan sumber manusia | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perancangan sumber tenaga kerja dalam sesebuah organisasi yang mencakupi segala bentuk pengurusan kakitangan. Matlamat utama perancangan ini adalah untuk mengelakkan masalah kelebihan atau kekurangan kakitangan pada satu-satu tempoh masa tertentu. Menurut Mondy, Noe dan Premeaux (2002), perancangan sumber manusia ini merupakan proses sistematik dalam menilai keperluan sumber tenaga kerja bagi memastikan bilangan kakitangan dalam organisasi dengan kemahiran yang diperlukan tersedia apabila diperlukan. Organisasi perlu membuat perancangan yang rapi terhadap personel yang ada supaya kuantiti kakitangan yang diperlukan selaras dengan kualiti yang berikan. Perancangan ini mempunyai kaitan langsung dengan visi, misi dan objektif organisasi. Oleh yang demikian, segala bentuk perancangan yang ingin dibuat oleh majikan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran kakitangan, mestilah dibuat dengan teliti, teratur dan tepat. |
human resource | sumber manusia | Geografi | Tiada | Tiada |
human resource | sumber manusia | Geologi | Tiada | Tiada |
human resource | sumber manusia | Kependudukan | Tiada | Tiada |